Jadikanlah Allah dikasihi oleh orang ramai, nescaya Allah akan mengasihi kalian

TEKS BAHASA ARAB

حببوا الله إلى الناس يحببكم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jadikanlah Allah dikasihi oleh orang ramai, nescaya Allah akan mengasihi kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 453, hadis nombor 2426. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة الباهلي – رضي الله عنه – مرفوعا: «حببوا الله إلى الناس يحببكم الله». [خالد بن مرداس في «حديثه»، ابن عساكر، «الضعيفة» (1218)].

(Lemah) Daripada Abu Umamah al-Bahili RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Jadikanlah Allah dikasihi oleh orang ramai, nescaya Allah akan mengasihi kalian.” [Riwayat Khalid bin Mirdas dalam Hadithnya dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1218].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs