Jagalah maruah isteri-isteri orang lain, nescaya maruah isteri kamu akan terjaga

TEKS BAHASA ARAB

عفوا عن نساء الناس تعف نساؤكم، وبروا آباءكم تبركم أبناؤكم، ومن أتاه أخوه متنصلا؛ فليقبل ذلك منه محقا كان أو مبطلا، فإن لم يفعل؛ لم يرد علي الحوض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jagalah maruah isteri-isteri orang lain, nescaya maruah isteri kamu akan terjaga. Berbuat baiklah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. Dan sesiapa yang saudaranya datang kepadanya dalam keadaan meminta kemaafan, maka terimalah itu sama ada dia benar ataupun batil. Sekiranya dia tidak melakukan, dia tidak akan mendatangiku di (telaga) al-Ḥawḍ.

STATUS

Sanad lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 37, hadis nombor 139. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عفوا عن نساء الناس تعف نساؤكم، وبروا آباءكم تبركم أبناؤكم، ومن أتاه أخوه متنصلا؛ فليقبل ذلك منه محقا كان أو مبطلا، فإن لم يفعل؛ لم يرد علي الحوض)).
[ك، ((الضعيفة)) (2043)]

(Sanad Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jagalah maruah isteri-isteri orang lain, nescaya maruah isteri kamu akan terjaga. Berbuat baiklah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu. Dan sesiapa yang saudaranya datang kepadanya dalam keadaan meminta kemaafan, maka terimalah itu sama ada dia benar ataupun batil. Sekiranya dia tidak melakukan, dia tidak akan mendatangiku di (telaga) al-Ḥawḍ.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2043]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs