Jalan-jalan itu sebahagiannya membersihkan sebahagian yang lain

TEKS BAHASA ARAB

الطرق تطهر بعضها بعضاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jalan-jalan itu sebahagiannya membersihkan sebahagian yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1206, hadis nombor 6131. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قلنا يا رسول الله! إنا نريد المسجد فنطأ الطريق النجسة؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: الطرق تطهر بعضها بعضاً.
[هق، ((الضعيفة)) (4107)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Kami mahu ke masjid, tetapi jalan yang kami lalui itu mempunyai najis? Nabi SAW menjawab: Jalan-jalan itu sebahagiannya membersihkan sebahagian yang lain.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4107]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs