Jangan kalian letakkan mereka di dalam bilik-bilik

TEKS BAHASA ARAB

لا تسكنوهن الغرف ولا تعلموهن الكتابة وعلموهن الغزل وسورة النور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kalian letakkan mereka (para wanita) di dalam bilik-bilik dan jangan mengajarkan mereka menulis. Ajarkan mereka ghazal (nyanyian) dan Surah Al-Nur.

STATUS

Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 129. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«لَا تُسْكِنُوهُنَّ الْغُرَفَ وَلا تُعَلِّمُوهُنَّ الْكِتَابَةَ وَعَلِّمُوهُنَّ الْغَزْلَ وَسُورَةَ النُّورِ» وَعَن عَائِشَة وَفِيه وَاضع ومتروك.

“Jangan kalian letakkan mereka (para wanita) di dalam bilik-bilik dan jangan mengajarkan mereka menulis. Ajarkan mereka ghazal (nyanyian) dan Surah Al-Nur."
Dan daripada ‘Aisyah yang mana dalam sanadnya terdapat seorang pemalsu hadith dan juga perawi yang matruk.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs