Janganlah kalian memperbanyakkan kata-kata ketika sedang menyetubuhi isteri kalian

TEKS BAHASA ARAB

لا تكثروا الكلام عند مجامعة النساء، فإن منه يكون الخرس والفأفأة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah kalian memperbanyakkan kata-kata ketika sedang menyetubuhi isteri kalian. Kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan bisu dan gagap.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 914, hadis nombor 4680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن قبيصة بن ذؤيب أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: ((لا تكثروا الكلام عند مجامعة النساء، فإن منه يكون الخرس والفأفأة)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (197)].

(Sangat Lemah)
Daripada Qabisah bin Zuaib bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kalian memperbanyakkan kata-kata ketika sedang menyetubuhi isteri kalian. Kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan bisu dan gagap.
[Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 197].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs