Jika Allah mengembalikannya kepadaku, nescaya aku akan mensyukuri Tuhanku Azzawajalla

TEKS BAHASA ARAB

لئن ردها الله علي، لأشكرن ربي عز وجل – يعني: ناقته الجدعاء وقد سرقت -، فصبحت بالمدينة، فلما رآها ﷺ، قال: الحمد لله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Jika Allah mengembalikannya kepadaku, nescaya aku akan mensyukuri Tuhanku Azzawajalla." – iaitu unta baginda, al-Jad’a’, kerana ia telah dicuri – lalu unta itu muncul di Madinah. Tatkala baginda ﷺ melihatnya, baginda mengucapkan: "Alhamdulillah."

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 439, hadis nombor 2354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن النواس بن سمعان، قال: سرقت ناقة رسول الله ﷺ الجدعاء، فقال رسول الله ﷺ: «لئن ردها الله علي لأشكرن ربي عز وجل». فوقعت في حي من أحياء العرب فيه امرأة مسلمة، فكانت الإبل إذا سرحت؛ سرحت متوحدة، وإذا بركت الإبل؛ بركت متوحدة واضعة بجرانها، فأوقع الله في خلدها أن تهرب عليها، فرأت من القوم غفلة، فقعدت عليها، ثم حركتها، فصبحت بها المدينة، فلما رآها المسلمون؛ فرحوا بها، ومشوا بجنبها؛ حتى أتوا رسول الله ﷺ، فلما رآها رسول الله ﷺ؛ قال: «الحمد لله»، فقالت المرأة: يا رسول الله! إني نذرت إن نجاني الله عليها أن أنحرها وأطعم لحمها المساكين، فقال: «بئس ما جزيتها، لا نذر لك إلا بما ملكت»، فانتظروا، هل يحدث رسول الله ﷺ صوما أو صلاة، فظنوا أنه نسي، فقالوا: يا رسول الله! قد كنت قلت: «لئن ردها الله عز وجل؛ لأشكرن ربي عز وجل؟» قال: «ألم أقل: الحمد لله؟». [طس، «الضعيفة» (6549)].

(Sangat Lemah) Daripada al-Nawwas bin Sam‘an RA, beliau berkata: Unta Rasulullah ﷺ (yang bernama) al-Jad’a’ telah dicuri, lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Jika Allah mengembalikannya kepadaku, nescaya aku akan mensyukuri Tuhanku Azzawajalla.” Lalu unta itu duduk di salah sebuah penempatan Arab yang di situ ada seorang perempuan muslimah. Unta itu pula apabila ia makan, ia akan makan bersendirian, manakala apabila ia duduk, ia akan duduk bersendirian sambil meletakkan lehernya. Lalu Allah menggerakkan hati perempuan itu untuk melarikan diri dengan menaiki unta itu. Tatkala dia melihat orang ramai sedang lalai, dia terus duduk di atas unta itu, kemudian menggerakkannya. Dia tiba bersama unta itu di Madinah pada keesokan paginya. Tatkala orang-orang Islam melihat unta itu, mereka gembira lalu berjalan di sampingnya sehingga mereka sampai kepada Rasulullah ﷺ. Tatkala baginda ﷺ melihatnya, baginda mengucapkan: “Alhamdulillah.” Perempuan itu lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Aku telah bernazar sekiranya Allah menyelamatkan aku dengan menunggangnya, aku akan menyembelihnya dan memberi makan dagingnya kepada orang-orang miskin.” Baginda menjawab: “Alangkah buruknya balasan yang kamu berikan kepada unta itu. Tiada nazar buatmu melainkan dengan apa yang kamu miliki.” Orang ramai lalu menunggu adakah Rasulullah ﷺ akan melakukan puasa atau solat. Lalu mereka menyangka Baginda ﷺ telah lupa, lantas mereka bertanya: “Wahai Rasulullah! Kamu pernah bersabda: “Jika Allah mengembalikannya kepadaku, nescaya aku akan mensyukuri Tuhanku Azzawajalla.” Baginda membalas: “Bukankah aku telah mengucapkan Alhamdulillah?” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6549].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs