Jika kalian melihat pelaku bidaah, maka masamkanlah muka di hadapan wajahnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم صاحب بدعة فاكفهروا في وجهه فإن الله تعالى يبغض كل مبتدع ولا يجوز أحد منهم الصراط ولكن يتهافتون النار مثل الجراد والذباب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kalian melihat pelaku bidaah, maka masamkanlah muka di hadapan wajahnya. Sesungguhnya Allah SWT membenci setiap pelaku bidaah. Mereka tidak boleh melintasi Al-Sirat akan tetapi mereka akan saling jatuh ke neraka seperti belalang dan lalat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الذيل «إِذَا رَأَيْتُمْ صَاحِبَ بِدْعَةٍ فَاكْفَهِرُّوا فِي وَجْهِهِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُبْغِضُ كُلَّ مُبْتَدِعٍ وَلا يَجُوزُ أَحَدٌ مِنْهُمُ الصِّرَاطَ وَلَكِنْ يَتَهَافَتُونَ النَّار مثل الْجَرَاد والذباب» فِيهِ إِبْرَاهِيم بن هدبة كَذَّاب.

Dalam kitab Al-Zayl: Hadis “Jika kalian melihat pelaku bidaah, maka masamkanlah muka di hadapan wajahnya. Sesungguhnya Allah SWT membenci setiap pelaku bidaah. Mereka tidak boleh melintasi Al-Sirat akan tetapi mereka akan saling jatuh ke neraka seperti belalang dan lalat". Dalam sanad hadis ini terdapat Ibrahim Bin Hudbah. Beliau adalah seorang pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs