Jika kamu menyayangi seseorang, maka janganlah berbalah dengannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا أحببت رجلا فلا تماره، ولا تجاره، ولا تشاره، ولا تسأل عنه، فعسى إن توافق له عدوا، فيخبرك بما ليس فيه، فيفرق ما بينك وبينه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu menyayangi seseorang, maka janganlah berbalah dengannya, jangan menzaliminya, jangan melakukan kejahatan kepadanya, dan janganlah bertanyakan tentang dirinya (kepada orang lain). Kerana boleh jadi kamu bertemu dengan musuhnya, lalu dia memberitahu kepada kamu perkara yang tidak terdapat pada dirinya. Kemudian dia memutuskan perhubungan antara kamu dengan dirinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 178, hadis nombor 906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن معاذ بن جبل – رضي الله عنه – ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أحببت رجلا فلا تماره، ولا تجاره، ولا تشاره، ولا تسأل عنه، فعسى أن توافق له عدوا، فيخبرك بما ليس فيه، فيفرق ما بينك وبينه.
[عق، ابن السني، حل، ((الضعيفة)) (١٤٢٠)]

(Munkar)
Daripada Muaz bin Jabal RA beliau berkata: Rasulullah SAW berkata: Jika kamu menyayangi seseorang maka janganlah berbalah dengannya, jangan menzaliminya, jangan melakukan kejahatan kepadanya, dan janganlah bertanyakan tentang dirinya (kepada orang lain). Kerana boleh jadi kamu bertemu dengan musuhnya, lalu dia memberitahu kepada kamu perkara yang tidak terdapat pada dirinya. Kemudian dia memutuskan perhubungan antara kamu dengan dirinya.
[Riwayat Uqayli dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr Lil-‘Uqayl, ībn Al-Sunni, al-Hilyah oleh Abi Nu'aim, Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 1420]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs