Jika seorang guru kepada kanak-kanak tidak berlaku adil

TEKS BAHASA ARAB

معلم الصبيان إذا لم يعدل بينهم كتب يوم القيامة مع الظلمة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika seorang guru kepada kanak-kanak tidak berlaku adil, maka akan ditulis pada hari kiamat kelak bahawa dia adalah dalam kalangan orang yang zalim.

STATUS

(Terdapat perawi pendusta pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي اللآلئ أَبُو هُرَيْرَة رَفعه «مُعَلِّمُ الصِّبْيَانِ إِذَا لَمْ يَعْدِلْ بَيْنَهُمْ كُتِبَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَعَ الظلمَة» فِيهِ أَبُو المهزم كَذَّاب وَكَذَا الرَّاوِي عَنهُ وَإِنَّمَا يعرف هَذَا من قَول مَكْحُول، قلت أَبُو المهزم روى لَهُ فِي السّنَن وَأخرجه ابْن أبي الدُّنْيَا عَن قَول الْحسن.

Dalam kitab al-La’ali menyebut: Daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan secara marfu’:
“Jika seorang guru kepada kanak-kanak tidak berlaku adil, maka akan ditulis pada hari kiamat kelak bahawa dia adalah dalam kalangan orang yang zalim.”
Dalam sanad hadis ini terdapat Abu al-Muhazzim. Beliau ialah seorang pendusta. Begitu juga perawi yang meriwayatkan daripadanya. Ia sebenarnya dikenali sebagai kata-kata daripada Makhul. Saya katakan: Abu al-Muhazzim disebutkan namanya dalam al-Sunan. Ia oleh Ibn Abi al-Dunya daripada kata-kata al-Hasan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs