Jikalau khusyuk hati lelaki ini, akan khusyuklah keseluruhan anggota badannya

TEKS BAHASA ARAB

لو خشع قلب هذا؛ خشعت جوارحه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jikalau khusyuk hati lelaki ini, akan khusyuklah keseluruhan anggota badannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 346, hadis nombor 1819. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: رأى رسول الله ﷺ رجلا يعبث بلحيته وهو في الصلاة فقال: «لو خشع قلب هذا؛ خشعت جوارحه». [الحكيم، «الضعيفة» (110)]

(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau telah berkata: Rasulullah ﷺ melihat seorang lelaki bermain dengan janggutnya ketika dia sedang solat. Disebabkan itu baginda ﷺ bersabda: Jikalau khusyuk hati lelaki ini, akan khusyuklah keseluruhan anggota badannya. [Riwayat al-Ḥakīm dalam Nawādir al-Uṣūl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 110]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs