Kafarah bagi orang yang melakukan perbuatan mengumpat adalah dia meminta ampun baginya

TEKS BAHASA ARAB

كفارة ‌من اغتبت أن تستغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kafarah bagi orang yang melakukan perbuatan mengumpat adalah dia meminta ampun baginya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 779, hadis nombor 3996. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) ((عن أنس مرفوعا: ‌كفارة ‌من اغتبت أن تستغفر له)). [الحارث، ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، الخرائطي في ((مساوئ الأخلاق))، الدينوري، أبو بكر الذكواني في ((اثني عشر مجلسا))، الضياء المقدسي في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، الحاكم في ((الكنى))، خط، ((الضعيفة)) (1519)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kafarah bagi orang yang melakukan perbuatan mengumpat adalah dia meminta ampun baginya. [Riwayat Ibn Abi Usamah dalam Musnadnya, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt, al-Kharaiti dalam Masawi al-Akhlak, al-Dainuri dalam al-Mujalasah, Abu Bakr al-Zakwani dalam Ithnai Asyara Majlisan, al-Dhiya’ al-Maqdisi dalam al-Muntaqa min Masmuatihi bi Marw, al-Hakim dalam al-Kuna, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1519]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs