Kalau bukan kerana Qisas, nescaya aku akan sakiti kamu dengan siwak ini

TEKS BAHASA ARAB

لولا القصاص؛ لأوجعتك بهذا السواك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalau bukan kerana Qisas, nescaya aku akan sakiti kamu dengan siwak ini.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 794, hadis nombor 4087. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أم سلمة رضي الله عنها: أن النبي ﷺ أرسل ‌وصيفة ‌له، فأبطأت، فقال: لولا القصاص؛ لأوجعتك بهذا السواك.
[خد، ابن سعد، ابن أبي الدنيا في (الأهوال)، ع، طب، حل، جط، (الضعيفة) (4363)]

(Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA bahawa Nabi SAW menghantar khadam perempuan kepadanya. Namun dia berjalan dengan perlahan. Lalu baginda bersabda: Kalau bukan kerana Qisas, nescaya aku akan sakiti kamu dengan siwak ini.
[Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat al-Kubra, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ahwal, Abi Ya’la dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam al-Hilyah al-Awliya', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4363]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs