Kalaulah aku menang ke atas Quraisy, nescaya aku pasti akan mengerat-ngerat 30 mayat para lelaki mereka

TEKS BAHASA ARAB

لئن ظفرت بقريش لأمثلن بثلاثين رجلا منهم، فأنزل الله – عز وجل – في ذلك: {وإن عاقبتم فعاقبوا} إلى قوله: (يمكرون).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kalaulah aku menang ke atas Quraisy, nescaya aku pasti akan mengerat-ngerat 30 mayat para lelaki mereka. Berdasarkan kisah ini, lalu Allah Azzawajalla menurunkan ayat ini: {Dan jika kamu membalas, maka balaslah… -sehingga ayat- … mereka merancang jahat}"

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 979, hadis nombor 5043. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: لما وقف رسول الله – صلى الله عليه وسلم- على حمزة فنظر إلى ما به، قال: ((لولا أن تحزن النساء ما غيبته، ولتركته حتى يكون في بطون السباع وحواصل الطيور حتى يبعثه الله مما هنالك)). قال: وأحزنه ما [رأى] به فقال: ((لئن ‌ظفرت بقريش لأمثلن بثلاثين رجلا منهم)) فأنزل الله – عز وجل – في ذلك: {وإن عاقبتم فعاقبوا} إلى قوله: {يمكرون})). [طب، ((الضعيفة)) (549)]

(Lemah) Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Apabila Rasulullah SAW berdiri di samping Hamzah lalu Baginda melihat apa yang terjadi padanya, Baginda bersabda: “Kalaulah tidak kerana para wanita akan sedih kerana kehilangannya, nescaya akan aku tinggalkannya supaya berada dalam perut singa-singa dan burung-burung sehinggalah Allah membangkitkannya dari sana.” Ibnu Abbas berkata: “Dan Baginda bersedih melihat apa yang berlaku kepada Hamzah lalu Baginda bersabda lagi: "Kalaulah aku menang ke atas Quraisy, nescaya aku pasti akan mengerat-ngerat 30 mayat para lelaki mereka". Berdasarkan kisah ini, lalu Allah Azzawajalla menurunkan ayat ini: {Dan jika kamu membalas, maka balaslah… -sehingga ayat- … mereka merancang jahat}" [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 549]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs