Kami diperintahkan untuk memerangi golongan pengkhianat, pelaku zalim dan golongan murtad bersama Ali RA

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أمرنا بقتال الناكثين، والقاسطين، والمارقين مع علي رضي الله عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Kami diperintahkan untuk memerangi golongan pengkhianat, pelaku zalim dan golongan murtad bersama Ali RA.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 383, hadis nombor 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: متروكان، وهو من قول أبي أيوب، وروى عن ابن مسعود، وأبي سعيد، رضي الله عنهما.

Pada sanadnya terdapat dua orang perawi yang matruk (ditinggalkan riwayatnya). Ia adalah daripada kata-kata Abu Ayub. Ianya diriwayatkan juga daripada Ibn Mas’ud RA dan Abu Sa’id RA.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs