Kamu benar, demi Allah! Aku tidak faham daripadanya melainkan apa yang kamu faham

TEKS BAHASA ARAB

صدقت؛ فو الله! ما فهمت منها إلا الذي فهمت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu benar, demi Allah! Aku tidak faham daripadanya melainkan apa yang kamu faham.

STATUS

Tidak diketahui baginya asal secara keseluruhannya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1531, hadis nombor 7778. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( لا أعرف له أصلا بهذا التمام) ((صدقتَ؛ فو الله! ما فهمتُ منها إلا الذي فهمتَ)). [((الضعيفة)) (5860)].

(Tidak diketahui baginya asal secara keseluruhannya) “Kamu benar, demi Allah! Aku tidak faham daripadanya melainkan apa yang kamu faham.” [Lihat Silsilah al-Da'ifah no.5860].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs