Kebijaksanaan; engkau meminta nasihat Ahl Ra'yi kemudian engkau mentaati mereka

TEKS BAHASA ARAB

تستشير أهل الرأي ثم تطيعهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Engkau meminta nasihat Ahl Ra’yi kemudian engkau mentaati mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 841, hadis nombor 4314. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الصباح أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم: ما الحزم؟ قال: ((تستشير أهل الرأي ثم تطيعهم)).
[الحربي في ((الغريب))، ((الضعيفة)) (4855)]

(Lemah) Daripada Abū al-Ṣabāḥ bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW: Apakah itu kebijaksanaan? Baginda bersabda: Engkau meminta nasihat Ahl Ra’yi kemudian engkau mentaati mereka.
[Riwayat al-Ḥarbī dalam al-Gharīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4855]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs