Kedua-dua wanita itu berpuasa daripada perkara yang telah Allah halalkan kepada mereka berdua

TEKS BAHASA ARAB

إن هاتين صامتا مما أحل الله لهما وأفطرتا على ما حرم الله عليهما جلست إحداهما إلى الأخرى فجعلتا تأكلان لحوم الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kedua-dua wanita itu berpuasa daripada perkara yang Allah halalkan kepada mereka berdua dan mereka berbuka dengan perkara yang Allah haramkan kepada mereka berdua. Salah seorang dari mereka duduk bersama seorang yang lain, lalu mereka mula makan daging-daging manusia lain (mengumpat).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 78, hadis nombor 62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه أحمد (٥/ ٤٣١) وابن أبي الدنيا في الصمت (ج ١/ ق ١٩/ ٢) وفي ذم الغيبة (ق ٤/ ١) ، والبيهقي – كما في تفسيره ابن كثير (٤/ ١٩٠) – وابن منده، وابن السكن كما في الإصابة (٤/ ٤٢٢) من طريق يزيد بن هارون (وعند أحمد: وابن أبي عدي) كلاهما عن سليمان التيمي قال: سمعت رجلاً يحدث في مجلس أبي عثمان الهندي، عن عبيد مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن امرأتين من الأنصار صامتا على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فجلست إحداهما إلى الأخرى، فجعلتا تأكلان من لحوم الناس فجاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: إن هاهنا امرأتين صامتا وقد كادتا أن تموتا من العطش فأعرض عنه النبي صلى الله عليه وسلم فقال: فسكت. قال: ثم جاءه بعد ذلك أحسبه قال: في الظهيرة فقال: يا رسول الله إنهما والله لقد ماتتا، أو كادتا أن تموتا فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ائتوني بهما فجاءتا فدعا بعس أو قدح فقال لأحدهما: قيئي فقاءت من قيح ودم وصديد حتى ملأت القدح. وقال للأخرى: قيئي من قيح ودم، وصديد فقال: إن هاتين صامتا الحديث وقد اختلف على سليمان التيمي فيه. فرواه ابن عدي ويزيد بن هارون عنه عن رجل عن عبيد مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم . وتابعهما شعبة، عن سليمان، قرأ علينا رجل في مجلس عثمان الهندي حدثنا عبيد فذكره. أخرجه أحمد (٥/٤٣١) ، وابن منده كما في الإصابة (٤/٤٢١). وخالفهم حماد بن سلمة، فرواه عن سليمان عن عبيد. فأسقط الواسطة بينهما. أخرجه ابن أبي خيثمة كما في الإصابة والبخاري في الكبير (٣/ ١/٤٤٠) وابن الأثير في أسد الغابة (٣/ ٣٤٩) ، من طريق أبي يعلى، وهذا في مسنده (ج ٣/ رقم ١٥٧٦) قلت: ولا شك أن رواية الجماعة أرجح ولذلك قال ابن عبد البر في الاستيعاب (٧/ ١١٣- بهامش الإصابة) في ترجمة عبيد هذا: روى عنه سليمان التيمي ولم يسمع منه بينهما رجل ويؤيده قول أبي حاتم كما في الجرح والتعديل (٣/ ١/ ٦) عبيد روى سليمان التيمي عن رجلي عنه. فكأنه لم يلتفت إلى رواية حماد بن سلمة. قال الحافظ في الإصابة (٤/ ٤٢٢): وقد رواه عثمان بن غياث عن سليمان التيمي فخالف الجماعة في اسمه فقال عن سليمان حدثنا رجل في حلقة أبي عثمان الهندي عن سعد مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم. قلت: السند في مسند أحمد (٥/ ٤٣١) هكذا: حدثنا محمد بن جعفر ثنا عثمان بن غياث، قال كنت مع أبي عثمان قال: فقال رجل من القوم ثنا سعد أو عبيد عثمان بن غياث الذي يشك ثم ذكره. وأخرجه أيضاً الحسن بن سفيان كما في الإصابة (٣/٩١- ٩٢) من طريق يحيى القطان، عن عثمان بن غياث قال: حدثنا رجل في حلقة أبي عثمان عن سعد مولى رسول الله – صلى الله عليه وسلم.
قلت: فالذي يظهر من التخريج أن عثمان بن غياث إنما خالف سليمان التيمي خلاف ما ذكره الحافظ أن عثمان يروي هذا الحديث عن سليمان فخالف الجماعة في تسمية مولى النبي صلى الله عليه ويلم هل هو عبيد أم سعد؟ وعلى كل حال، فالصواب أنه عبيد. والحاصل أن السند ضعيف لجهالة شيخ سليمان التيمي والمتن فيهِ نكارة ظاهرة. وثمة علة أخرى. فَقَالَ البخاري في التاريخ الكبير (٣/ ١/٤٤٠) : عبيد مولى النبي – صلى الله عليه وسلم -، حديثه مرسل فَكأًنهُ بهذا القول لم يعتمد صحبته. وَقَالَ كذلكَ أبو حاتم، وتبع في ذلكَ البخاري كعادته كَمَا يقول الحافظ في الإصابة (٤/ ٤٣١). وصرح ابن السكن بأنه لم تثبت لهُ صحبة. قالَ الحافظ في الإصابة : ولعل هَذهِ الطريق – يعني التي رواها حماد بن سلمة، عن سليمان عن عبيد هِيَ التي أشار إليها البخاري بِقَولِهِ: مرسل، فظن ابن السكن إن الإرسال بَينَ عبيد، والنبي صلى الله عليه وسلم. فَقَالَ لأجل ذلكَ: لا تثبت صحبته وَكَانَ البخاري يسمى السند الذي فيهِ راو منهم مرسلاً، كَمَا قالَ جماعة من المحدثين أ. هـ‍.
قلت: وهذا القول حسن رائق، من الحافظ رحمه الله ومما يدل على صحة تفهم الحافظ أن البخاري أشار إلى الحدثين اللذين رواهما عبيد. فقال: عبيد مولى النبي – صلى الله عليه وسلم -، حديثه مرسل. قال شهاب، حدثنا حماد بن سلمة، عن التيمي، عن عبيد مولى النبي – صلى الله عليه وسلم – في الصوم مسدد، حدثنا معتمر، حدثنا أبي، عن يعلى، عن عبيد مولى النبي صلى الله عليه وسلم أنه سئل أكان النبي – صلى الله عليه وسلم – يأمر بالصلاة بعد المكتوبة؟ قالَ: نعم بين المغرب والعشاء. أ. هـ‍.
قلت: ففي الحديث الأول يرويه سليمان التيمي عن عبيد، وفي الثاني يرويه سليمان عن يعلى، عن عبيد، فيهما واسطة. وقد قال ابن حبان: له صحبة. والله أعلم.
وله شاهد من حديث أنس رضي الله عنه. أخرجه الطيالسي (٢١٠٧) ، وابن أبي الدنيا في ((الصمت)) (ج ١/ ق ١٩/ ١) ، وفي ((ذم الغيبة)) (ق ٤/ ٢) ، وابن مردويه في ((تفسيره)) – كما في ((تخريج الإحياء)) (٣/ ١٤٢) – من طريق يزيد الرقاشي، عن أنس قال: أمر النبي – صلى الله عليه وسلم – بصوم يوم، وقال: ((لا يفطرن أحد حتى آذن له)) . فصام الناس، حتى إذا أمسوا جعل الرجل يجيء، فيقول: يا رسول الله! إني ظللت صائماً، فأذن لي فأفطر، فيأذن له، والرجل، والرجل. حتى جاء رجل فقال: يا رسول الله! فتاتان من أهلك ظلتا صائمتين، وإنهما تستحيان أن تأتياك، فإذن لهما أن تفطرا!! ، فأعرض عنهُ. ثمَّ عاوده فأعرض عنهُ، ثمَّ عاوده، فقال لهُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((وكيف صام من ظل هذا اليوم يأكل لحوم الناس؟!! إذهب فمرهما إن كانتا صائمتين فليستقيئا)) . فرجع إليهما، فأخبرهما فاستقائتا، فقائت كل واحدة منهما عقلة من دم!! . فرجع إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – فأخبره فقال: ((والذي نفسي بيده، لو بقينا في بطونهما لأكلتهما النار)) . قلت: وهذا سند واه. ويزيد بن أبان الرقاشى تركه النسائي والحاكم أبو أحمد، وكان شعبة شديد الحمل عليه. قال الحافظ ابن كثير في ((تفسيره)) (٤/ ١٩٠) : ((إسناده ضعيف، ومتن غريب)) .

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ahmad (5/431), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm. 19/2) dan dalam Zam al-Ghibah (hlm. 4/1), al-Baihaqi – sebagaimana dalam Tafsir Ibn Kathir (4/190) -, Ibn Mandah dan Ibn al-Sakan sebagaimana dalam al-Isabah (4/422) – melalui sanad Yazid bin Harun (dalam riwayat Ahmad: dan Ibn Abi ‘Adi), kedua mereka (Yazid dan Ibn Abi ‘Adi) daripada Sulayman al-Taymi, katanya: Saya telah mendengar seorang lelaki bercerita dalam majlis Abu ‘Uthman al-Hindi daripada mawla Rasulullah SAW bahawa dua perempuan Ansar berpuasa pada zaman Rasulullah SAW, lalu salah seorangnya duduk bersama seorang yang lain, lalu kedua-dua mereka memakan daging-daging manusia lain. Lalu seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: "Sesungguhnya dua wanita itu sedang berpuasa, kedua mereka hampir mati kerana kehausan". Nabi SAW pun berpaling daripadanya. Perawi berkata: "Baginda SAW diam". Kemudian lelaki itu datang lagi kepada Baginda SAW selepas itu, aku (perawi) menyangka dia berkata: pada waktu Zohor. Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Demi Allah, sesungguhnya mereka berdua telah mati atau hampir mati! Lalu Nabi SAW bersabda: "Bawakan mereka berdua". Lalu mereka berdua pun datang bersama satu gelas air. Baginda SAW pun bersabda kepada salah seorang mereka: "Muntahlah". Lalu dia pun mengeluarkan muntah bersama darah dan nanah. Hingga memenuhi gelas tersebut. Lalu Baginda SAW bersabda pula kepada seorang lagi: "Muntahlah". Dia pun muntah bersama darah dan nanah. Baginda SAW pun bersabda: "Sesungguhnya dua wanita ini berpuasa….".
Telah berlaku perbezaan riwayat terhadap Sulayman al-Taimi dalam sanad itu. Ibn ‘Adi dan Yazid bin Harun telah meriwayatkannya daripada Sulayman daripada seorang lelaki daripada ‘Ubaid mawla Rasulullah SAW. Mereka berdua telah disokong Syu’bah daripada Sulayman, seorang lelaki telah membacakan kepada kami dalam majlis ‘Uthman al-Hindi, katanya “’Ubaid telah menceritakan kepada kami….lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut”. Ianya telah dikeluarkan oleh Ahmad (5/431) dan Ibn Mandah sebagaimana dalam al-Isabah (4/421). Hammad bin Salamah meriwayatkan berbeza dengan mereka semua semua. Hammad telah meriwayatkannya daripada Sulayman daripada ‘Ubaid, beliau telah membuang perawi yang menjadi perantara antara Sulayman dan ‘Ubaid. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn Abi Khaithamah – sebagaimana dalam al-Isabah, al-Bukhari dalam al-Kabir (3/1/440), Ibn al-Athir dalam Usd al-Ghabah (3/349) melalui sanad Abu Ya’la, hadith ini juga terdapat dalam Musnad Abi Ya’la (juz 3/hadith : 1576).
Saya berkata: Tidak syak lagi bahawa riwayat sekumpulan perawi lebih tepat berbanding riwayat Hammad. Oleh kerana itu, Ibn ‘Abd al-Bar berkata dalam al-Isti’ab (7/113 – melalui lampiran dalam al-Isabah) pada biografi ‘Ubaid tersebut: "Sulayman al-Taimi telah meriwayatkan daripada beliau, namun Sulayman tidak sempat mendengar hadith daripada beliau. Antara mereka berdua ada seorang perawi". Ianya dikuatkan dengan kata-kata Abu Hatim – sebagaimana dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (3/1/6): ‘Ubaid, Sulayman al-Taymi telah meriwayatkan daripada seorang lelaki daripada ‘Ubaid". Seakan-akan beliau tidak melihat pun kepada riwayat Hammad bin Salamah. Al-Hafiz berkata dalam al-Isabah (4/422): "Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh ‘Uthman bin Ghiyath daripada Sulayman al-Taimi. ‘Uthman telah menyelisi sekumpulan perawi dalam menyebutkan namanya. ‘Uthman berkata daripada Sulayman, katanya seorang lelaki dalam masjlid Abu ‘Uthman al-Hindi telah menceritakan kepada kami daripada Sa’d mawla Rasulullah SAW”.
Saya berkata: Sanad tersebut dalam Musnad Ahmad (5/431) begini: Muhammad bin Ja’far telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Uthman bin Ghiyath telah menceritakan kepada kami, katanya: saya bersama Abu ‘Uthman, seorang lelaki daripada kaum itu berkata: Sa’d atau ‘Ubaid – ‘Uthman bin Ghiyath syak – telah menceritakan kepada kami, kemudian beliau pun menyebutkannya. Ianya juga turut dikeluarkan oleh al-Hasan bin Sufyan sebagaimana dalam al-Isabah (3/91-92) melalui sanad Yahya al-Qattan daripada ‘Uthman bin Ghiyath, katanya: seorang lelaki dalam majlis Abu ‘Uthman telah menceritakan kepada kami daripada Sa’d mawla Rasulullah SAW.
Saya berkata: Zahirnya melalui sumber-sumber hadith tersebut adalah ‘Uthman bin Ghiyath telah meriwayatkan berbeza dengan Sulayman al-Taimi, berbeza dengan apa yang al-Hafiz sebutkan iaitu ‘Uthman meriwayatkan hadith ini daripada Sulayman. ‘Uthman telah menyelisihi sekumpulan perawi lain dalam menyebutkan nama mawla Nabi SAW samada ianya ‘Ubaid atau Sa’d. Apa pun, sebetulnya beliau adalah ‘Ubaid.
Kesimpulannya, sanad tersebut dha’if disebabkan guru kepada Sulayman al-Taimi seorang yang Majhul. Matan hadith tersebut pun jelas ada sesuatu yang munkar. Terdapat kecacatan lain, al-Bukhari berkata dalam al-Tarikh al-Kabir (3/1/440): "Ubaid mawla Nabi SAW, hadithnya mursal". Seakan-akan melalui kata-kata ini, beliau tidak menganggap ‘Ubaid sebagai sahabat Bginda. Abu Hatim juga berkata begitu, beliau sebagaimana kebiasaannya menuruti al-Bukhari dalam hal tersebut [sebagaimana disebutkan oleh al-Hafiz dalam al-Isabah (4/431). Ibn al-Sakan juga menyebutkan secara jelas bahawa tidak thabit status sahabat bagi 'Ubaid. Al-Hafiz berkara dalam al-Isabah: "Boleh jadi sanad ini – iaitu sanad yang diriwayatkan oleh Hammad bin Salamah daripada Sulayman daripada 'Ubaid- adalah sanad yang al-Bukhari isyaratkan sebagai mursal”. Ibn al-Sakan menyangka bahawa mursal tersebut adalah antara 'Ubaid dan Nabi SAW. Kerana itu Ibn al-Sakan berkata: "Tidak thabit status sahabat bagi 'Ubaid". Sebenarnya al-Bukhari kebiasaannya menyebutkan sanad yang terdapat perawi yang Mubham (tidak diketahui) sebagai Mursal, sebagaimana yang disebutkan oleh sekumpulan ahli hadith".
Saya berkata: Pendapat ini bagus lagi jernih daripada al-Hafiz RH. Antara bukti yang menunjukkan benarnya pemahaman al-Hafiz bahawa al-Bukhari isyaratkan kepada kedua-dua hadith yang diriwayatkan oleh 'Ubaid, kata al-Bukhari: 'Ubaid mawla Nabi SAW, hadithnya mursal”. Shihab berkata, “Hammad bin Salamah telah menceritakan kepada kami daripada al-Taimi daripada 'Ubaid mawla Nabi SAW bahawa beliau ditanya: "Adakah Nabi SAW menyuruh melakukan solat selepas solat fardhu?". 'Ubaid menjawab: "Ya, antara Maghrib dan 'Isyak".
Saya berkata: Pada hadith pertama yang diriwayatkan oleh Sulayman daripada 'Ubaid, manakala hadith kedua pula yang diriwayatkan oleh Sulayman daripada Ya'la dari[ada 'Ubaid. Antara mereka berdua ada perantara. Ibn Hibban berkata: "Beliau berstatus sahabat". Wallahua’lam.
Sokongan bagi hadith tersebut adalah hadith daripada Anas r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tayalisi (2107), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Sumt (juz 1/hlm. 19/1), juga dalam Zam al-Ghibah (hlm. 4/2), Ibn Mardawaid dalam Tafsir beliau – sebagaimana dalam Takhrij al-Ihya' (3/142) – melalui sanad Yazid al-Ruqashi daripada Anas, katanya: Nabi SAW telah memerintahan supaya berpuasa pada suatu hari", perawi berkata: "Tidak boleh bagi sesiapapun yang berbuka hinggalah diberikan keizinan". Lalu orang ramai pun berpuasa hingga apabila waktu petang, seorang lelaki pun datang, lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya masih berpuasa. Izinkanlah saya berbuka", Baginda SAW pun berikan keizinan kepadanya, seorang lelaki demi seorang lelaki yang datang hingga ada seseorang lelaki datang lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Dua wanita dalam keluarga anda masih berpuasa, mereka berdua malu untuk datang menemuimu bagi meminta izin berbuka". Baginda SAW pun berpaling daripadanya, kemudian lelaki itu mengulangi, Baginda SAW pun berpaling daripadanya, kemudian lelaki itu mengulangi lagi. Rasulullah SAW pun bersabda kepadanya: "Bagaimana dia berterusan berpuasa hari ini sedangkan dia memakan daging manusia lain? Pergilah, jika mereka masih berpuasa, suruhlah mereka muntah". Lalu lelaki itu pun kembali kepada kedua wanita tadi dan menyuruh mereka supaya memuntahkan, salah seorang mereka pun muntah mengeluarkan seketul darah". Lelaki itu kembali kepada Nabi SAW lalu menceritakan kepada Baginda SAW. Sabda Baginda SAW: "Demi Tuhan yang nyawaku di tanganNya. Jika darah tersebut kekal berada dalam perut mereka berdua, pasti mereka berdua akan dimakan oleh api neraka".
Saya berkata: Sanadnya Wahin (terlalu dha’if). Yazid bin Aban al-Ruqshi telah ditinggalkan riwayatnya oleh al-Nasa'ei, al-Hakim dan Abu Ahmad. Syu’bah terlalu keras meletakkan kesalahan kepada Yazid. Al-Hafiz Ibn Kathir dalam Tafsir beliau (4/190): "Sanadnya dha’if, matannya pula gharib".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs