Kelebihan mempunyai tiga orang anak perempuan

TEKS BAHASA ARAB

من كن له ‌ثلاث ‌بنات، فصبر على لأوائهن وضرائهن؛ أدخله الله الجنة برحمته إياهن. فقال رجل: وابنتان يا رسول الله؟ قال: وابنتان. قال رجل: يا رسول الله! وواحدة؟ قال: وواحدة!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kesusahan dan kesukaran mereka (dari segi fizikal dan kewangan), Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kerana belas kasihannya terhadap mereka. Lalu lelaki itu bertanya: Jika ada dua orang anak perempuan wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya, jika ada dua orang anak perempuan. Lelaki itu bertanya: Jika ada seorang anak perempuan? Baginda bersabda: Ya, walaupun jika hanya seorang anak perempuan.

STATUS

Sangat Munkar dengan penambahan lafaz: “dan seorang”

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 719, hadis nombor 3671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بزيادة: (وواحدة))
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال ﷺ: من كن له ‌ثلاث ‌بنات، فصبر على لأوائهن وضرائهن؛ أدخله الله الجنة برحمته إياهن. فقال رجل: وابنتان يا رسول الله!؟ قال: وابنتان. قال رجل: يا رسول الله! وواحدة؟ قال: وواحدة!
[حم، ك، ((الضعيفة)) (407، 6861)]

(Sangat Munkar dengan penambahan lafaz: “dan seorang”)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kesusahan dan kesukaran mereka (dari segi fizikal dan kewangan), Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kerana belas kasihannya terhadap mereka. Lalu lelaki itu bertanya: Jika ada dua orang anak perempuan wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya, jika ada dua orang anak perempuan. Lelaki itu bertanya: Jika ada seorang anak perempuan? Baginda bersabda: Ya, walaupun jika hanya seorang anak perempuan.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6861]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs