Kelebihan menunaikan hajat umat baginda SAW

TEKS BAHASA ARAB

من قضى لأحد من أمتي حاجة يريد أن يسره بها، فقد سرني، ومن سرني فقد ‌سر ‌الله، ومن ‌سر ‌الله؛ أدخله الله الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan hajat seseorang dalam kalangan umatku dengan niat untuk menggembirakannya (dengan menunaikan hajat), maka dia telah menggembirakan aku. Sesiapa yang menggembirakan aku maka dia telah menggembirakan Allah. Sesiapa yang telah menggembirakan Allah maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 720, hadis nombor 3675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من قضى لأحد من أمتي حاجة يريد أن يسره بها، فقد سرني، ومن سرني فقد ‌سر ‌الله، ومن ‌سر ‌الله؛ أدخله الله الجنة.
[هب، ((الضعيفة)) (6857)]

(Palsu)
Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menunaikan hajat seseorang dalam kalangan umatku dengan niat untuk menggembirakannya (dengan menunaikan hajat), maka dia telah menggembirakan aku. Sesiapa yang menggembirakan aku maka dia telah menggembirakan Allah. Sesiapa yang telah menggembirakan Allah maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6857]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs