Kematian orang alim adalah satu musibah

TEKS BAHASA ARAB

موت العالم مصيبة لا تجبر، وثلمة لا تسد، ونجم طمس، موت قبيلة أيسر من موت عالم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kematian orang alim adalah satu musibah yang tidak dapat dipulihkan, satu rekahan yang tidak dapat ditutupi, dan bintang yang dihilangkan. Matinya satu kabilah adalah lebih ringan berbanding matinya seorang yang alim.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1281, hadis nombor 6562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعاً: موت العالم مصيبة لا تجبر، وثلمة لا تسد، ونجم طمس، موت قبيلة أيسر من موت عالم.
[هب، ابن عبد البر في ((الجامع))، عبد الغني المقدسي في ((العلم))، ((الضعيفة)) (4838)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abi al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Kematian orang alim adalah satu musibah yang tidak dapat dipulihkan, satu rekahan yang tidak dapat ditutupi, dan bintang yang dihilangkan. Matinya satu kabilah adalah lebih ringan berbanding matinya seorang yang alim.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, Ibn 'Abd al-Bar dalam al-Jami', 'Abd al-Ghani al-Maqdisi dalam al-'Ilm. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4838]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs