Kemuliaan bagi orang mukmin adalah ketika dia bangun malam

TEKS BAHASA ARAB

شرف المؤمن قيامه بالليل وعزه استغناؤه عن الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kemuliaan bagi orang mukmin adalah ketika dia bangun malam. Ia merupakan satu kebanggaan dan tanda dia tidak memerlukan bantuan manusia.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وروي عن أنس «شرف المؤمن قيامه بالليل وعزه استغناؤه عن الناس» لا يصح المتهم به داود قلت لم ينفرد به بل توبع مع أن له شواهد: خلاصة قال الصغاني موضوع، وفي الوجيز هو حديث أبي هريرة وفيه داود بن عثمان حدث بالبواطيل: قلت قد توبع وشاهده ما أخرجه البخاري في تاريخه عن صهيب وحديث سهل بن سعد.

Diriwayatkan daripada Anas:
شَرَفُ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ وَعِزُّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ
“Kemuliaan bagi orang mukmin adalah ketika dia bangun malam. Ia merupakan satu kebanggaan dan tanda dia tidak memerlukan bantuan manusia.”
Hadith tidak sahih. Daud adalah perawi yang dituduh berdusta. Aku katakan: Beliau tidak bersendirian meriwayatkan hadith ini. Ia disokong oleh beberapa riwayat.
Dalam kitab al-Khulasah menyebut: al-Saghani berkata: Ia adalah hadith palsu. Di dalam kitab al-Wajiz: Ia hadith daripada Abu Hurairah. Di dalam sanadnya terdapat Daud Bin Uthman. Beliau banyak meriwayatkan hadith-hadith yang batil. Aku katakan: Ia disokong dengan pelbagai riwayat. Antaranya yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitabnya al-Tarikh daripada Suhaib dan hadith Sahl Bin Sa’ad.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs