Kemunculan Dajal dan ciri-cirinya

TEKS BAHASA ARAB

يخرج الدجال في خفة من الدين، وإدبار من العلم، وله أربعون يوما يسيحها، اليوم منها كالسنة، واليوم كالشهر، واليوم كالجمعة، ثم سائر أيامه مثل أيامكم، وله حمار يركبه عرض ما بين أذنيه أربعون ذراعا، يأتي الناس، فيقول: أنا ربكم وإن ربكم ليس بأعور، مكتوب بين عينيه ك ف ر، يقرأه كل مؤمن، كاتب وغير كاتب، يمر بكل ماء ومنهل، إلا المدينة ومكة، حرمهما الله عليه، وقامت الملائكة بأبوابهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Al-Dajjal akan keluar ketika agama diremehkan, ilmu ditinggalkan. Al-Dajjal mempunyai masa selama 40 hari untuk beliau lalui. Sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti hari Jumaat, kemudian hari-hari lain adalah seperti hari-hari kamu. Al-Dajjal memiliki keldai yang dia tunggangi, luas antara dua telinganya adalah sejauh 40 hasta. Dia akan datang kepada orang ramai lalu berkata: Aku adalah Tuhan kamu, sedangkan Tuhan kamu tidak buta mata (mata sebelah). Tertulis antara dua matanya huruf Kaf Fa’ Ra’ (dalam tulisan arab), setiap orang mukmin boleh membacanya samada dia celik huruf (penulis) atau buta huruf. Al-Dajjal akan melintasi semua air dan sumber air kecuali Madinah dan Mekah, Allah mengharamkan kedua tempat tersebut kepada al-Dajjal (daripada dijejakinya), dan para malaikat berdiri di pintu-pintunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1318, hadis nombor 6728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جابر رضي الله عنه، عن النبي ﷺ قال: يخرج الدجال في خفة من الدين، وإدبار من العلم، وله أربعون يوما يسيحها، اليوم منها كالسنة، واليوم كالشهر، واليوم كالجمعة، ثم سائر أيامه مثل أيامكم، وله حمار يركبه عرض ما بين أذنيه أربعون ذراعا، يأتي الناس، فيقول: أنا ربكم وإن ربكم ليس بأعور، مكتوب بين عينيه ك ف ر، يقرأه كل مؤمن، كاتب وغير كاتب، يمر بكل ماء ومنهل، إلا المدينة ومكة، حرمهما الله عليه، وقامت الملائكة بأبوابهما.
[حم، ابن خزيمة في ((التوحيد))، ك، ((الضعيفة)) (١٩٦٩)].

(Lemah)
Daripada Jabir RA daripada Nabi SAW, Nabi SAW bersabda: Al-Dajjal akan keluar ketika agama diremehkan, ilmu ditinggalkan. Al-Dajjal mempunyai masa selama 40 hari untuk beliau lalui. Sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti hari Jumaat, kemudian hari-hari lain adalah seperti hari-hari kamu. Al-Dajjal memiliki keldai yang dia tunggangi, luas antara dua telinganya adalah sejauh 40 hasta. Dia akan datang kepada orang ramai lalu berkata: Aku adalah Tuhan kamu, sedangkan Tuhan kamu tidak buta mata (mata sebelah). Tertulis antara dua matanya huruf Kaf Fa’ Ra’ (dalam tulisan arab), setiap orang mukmin boleh membacanya samada dia celik huruf (penulis) atau buta huruf. Al-Dajjal akan melintasi semua air dan sumber air kecuali Madinah dan Mekah, Allah mengharamkan kedua tempat tersebut kepada al-Dajjal (daripada dijejakinya), dan para malaikat berdiri di pintu-pintunya.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, Ibn Khuzaimah dalam al-Tawhid, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1969].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs