Ketahuilah bahawa berkemungkinan jiwa yang kenyang dan dapat kenikmatan dunia akan lapar dan tidak berpakaian pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

ألا يا رب نفس طاعمة ناعمة في الدنيا جائعة عارية يوم القيامة، ‏ألا يا رب نفس جائعة عارية في الدنيا طاعمة ناعمة يوم القيامة، ألا رب مكرم لنفسه وهو لها مهين، ألا يا رب مهين لنفسه وهو لها مكرم، ألا يا رب ‏متخوض ‏ومتنعم ‏فيما أفاء الله على رسوله ما له عند الله من خلاق، ‏ألا ‏وإن عمل النار سهل بسهوة، ‏ألا رب شهوة ساعة، أورثت حزنا طويلا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketahuilah bahawa berkemungkinan jiwa yang kenyang dan dapat kenikmatan dunia akan lapar dan tidak berpakaian pada hari kiamat. Ketahuilah bahawa kemungkinan jiwa yang lapar dan tidak berpakaian di dunia namun kenyang dan mendapat kenikmatan pada hari kiamat. Ketahuilah kemungkinan orang yang memuliakan dirinya sedangkan dia menghinanya. Ketahuilah kemungkinan orang yang menghina dirinya sedangkan dia memuliakannya. Ketahuilah bahawa kemungkinan yang menikmati harta yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya tetapi dia di sisi Allah dia tidak mendapat apa-apa habuan. Ketahuilah bahawa amalan yang mendekatkan kepada neraka itu sangat mudah. Ketahuilah bahawa kemungkinan kenikmatan yang seketika (disebabkan shahwat) akan meyebabkan keperitan yang berpanjangan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1976, hadis nombor 9884. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏موضوع) ‏عن ابن البجير وكان من أصحاب رسول الله ﷺ قال: ‏أصاب يوما النبي ﷺ الجوع فوضعه على بطنه حجرا ثم قال: «‏ألا يا رب نفس طاعمة ناعمة في الدنيا جائعة عارية يوم القيامة، ‏ألا يا رب نفس جائعة عارية في الدنيا طاعمة ناعمة يوم القيامة، ألا رب مكرم لنفسه وهو لها مهين، ألا يا رب مهين لنفسه وهو لها مكرم، ألا يا رب ‏متخوض ‏ومتنعم ‏فيما أفاء الله على رسوله ما له عند الله من خلاق، ‏ألا ‏وإن عمل النار سهل بسهوة، ‏ألا رب شهوة ساعة، أورثت حزنا طويلا».
[‏أبو العباس الأصم في «حديثه»، ‏ابن بشران، القضاعي، «الضعيفة» (1115، 2368)].

(Palsu)
Daripada Ibn al-Bujair (seorang sahabat Rasulullah SAW), dia berkata: Suatu hari Nabi SAW kelaparan lalu baginda meletakkan batu di atas perutnya dan mengucapkan: “Ketahuilah bahawa berkemungkinan jiwa yang kenyang dan dapat kenikmatan dunia akan lapar dan tidak berpakaian pada hari kiamat. Ketahuilah bahawa kemungkinan jiwa yang lapar dan tidak berpakaian di dunia namun kenyang dan mendapat kenikmatan pada hari kiamat. Ketahuilah kemungkinan orang yang memuliakan dirinya sedangkan dia menghinanya. Ketahuilah kemungkinan orang yang menghina dirinya sedangkan dia memuliakannya. Ketahuilah bahawa kemungkinan yang menikmati harta yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya tetapi dia di sisi Allah dia tidak mendapat apa-apa habuan. Ketahuilah bahawa amalan yang mendekatkan kepada neraka itu sangat mudah. Ketahuilah bahawa kemungkinan kenikmatan yang seketika (disebabkan shahwat) akan meyebabkan keperitan yang berpanjangan.”
[Riwayat Abu al-‘Abbas al-Asam dalam Hadisnya, Ibn Bishran dan al-Quda‘iy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1115, 2368].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs