Ketika Allah menciptakan bumi dan bersemayam ke langit, maka Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit

TEKS BAHASA ARAB

ما خلق الله الأرض واستوى إلى السماء، فسواهن سبع سماوات، وخلق العرش؛ كتب على ساق العرش: محمد رسول الله؛ خاتم الأنبياء. وخلق الجنة التي أسكنها آدم وحواء، فكتب اسمي على الأبواب والأوراق والقباب والخيام؛ وآدم بين الروح والجسد، فلما أحياه الله – تعالى -؛ نظر إلى العرش فرأى اسمي، فأخبره الله أنه سيد ولدك. فلما غرهما الشيطان؛ تابا واستشفعا باسمي إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Allah menciptakan bumi dan bersemayam ke langit, maka Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit dan mencipta Arasy. Dia menulis di kaki Arasy: Muhammad Rasulullah, penutup segala nabi-nabi. Dan Dia menciptakan syurga yang mana Dia pernah menempatkan Adam dan Hawa. Lalu Dia menulis namaku di pintu-pintu (syurga), segala dedaunan, kubah dan khemah; sedangkan Adam (masih) antara ruh dan jasad. Maka ketika Allah SWT menghidupkannya, beliau melihat ke Arasy lalu beliau nampak namaku, maka Allah memberitahunya bahawa sesungguhnya (Nabi Muhammad SAW) adalah penghulu bagi keturunanmu. Maka ketika syaitan telah menipu mereka berdua (Nabi Adam AS dan Hawa), mereka berdua bertaubat dan meminta syafaat dengan namaku kepada-Nya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 524, hadis nombor 2780. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن ميسرة –رضي الله عنه -، قال: قلت: يا رسول الله متی كتبت نبيا؟ قال: «لما خلق الله الأرض واستوى إلى السماء، فسواهن سبع سماوات، وخلق العرش؛ كتب على ساق العرش: محمد رسول الله؛ خاتم الأنبياء. وخلق الجنة التي أسكنها آدم وحواء، فكتب اسمي على الأبواب والأوراق والقباب والخيام؛ وآدم بين الروح والجسد، فلما أحياه الله – تعالى -؛ نظر إلى العرش فرأى اسمي، فأخبره الله أنه سيد ولدك. فلما غرهما الشيطان؛ تابا واستشفعا باسمي إليه».
[رواه ابن بشران، أبو الفرج في «الوفا بفضائل المصطفى»، «الضعيفة» (5709)].

(Munkar) Daripada Maisarah RA, beliau berkata: Aku telah bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah engkau ditulis sebagai seorang Nabi? Baginda SAW menjawab: Ketika Allah menciptakan bumi dan bersemayam ke langit, maka Dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit dan mencipta Arasy. Dia menulis di kaki Arasy: Muhammad Rasulullah, penutup segala nabi-nabi. Dan Dia menciptakan syurga yang mana Dia pernah menempatkan Adam dan Hawa. Lalu Dia menulis namaku di pintu-pintu (syurga), segala dedaunan, kubah dan khemah; sedangkan Adam (masih) antara ruh dan jasad. Maka ketika Allah SWT menghidupkannya, beliau melihat ke Arasy lalu beliau nampak namaku, maka Allah memberitahunya bahawa sesungguhnya (Nabi Muhammad SAW) adalah penghulu bagi keturunanmu. Maka ketika syaitan telah menipu mereka berdua (Nabi Adam AS dan Hawa), mereka berdua bertaubat dan meminta syafaat dengan namaku kepada-Nya.
[Riwayat Ibn Basyran dalam kitab al-Amali, Abu al-Farj dalam kitab al-Wafa' bi Fadail Mustafa. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5709]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs