Ketika jenazah Nabi SAW dimandikan, tergenang air di kelopak mata Baginda

TEKS BAHASA ARAB

حديث: لما غسلت النبي صلى الله عليه وسلم امتلصت ماء محاجر عينيه فشربته فورثت علم الأولين والآخرين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Ketika jenazah Nabi SAW dimandikan, tergenang air di kelopak mata Baginda. Aku pun meminumnya lalu aku mewarisi ilmu orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian.”

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 149, hadis nombor 440. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: لما غسلت النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم اقتصلت – أَي: ارْتَفَعت – مياه
محاجر عَيْنَيْهِ – أَي: حدقته – فَشَربته، فورثت علم الْأَوليين والآخرين. ذكره عَليّ بن أبي طَالب. قَالَ النَّوَوِيّ: لَا يَصح.

Hadith: “Ketika jenazah Nabi SAW dimandikan, tergenang air di kelopak mata Baginda. Aku pun meminumnya lalu aku mewarisi ilmu orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian.” Disebutkan oleh Ali bin Abi Talib ‘Ali. al-Nawawi berkata: Tidak sahih.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs