Ketika waktu pagi pada hari yang aku bermimpi (basah) padanya

TEKS BAHASA ARAB

لما كان صبيحة اليوم الذي احتلمت فيه؛ أخبرت النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((لا تدخل على النساء إلا بإذن)). قال: فما أتى علي يوم كان أشد منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika waktu pagi pada hari yang aku bermimpi (basah) padanya, aku memberitahu kepada Nabi SAW lalu baginda bersabda: Janganlah kamu masuk kepada orang perempuan tanpa keizinan. Anas berkata: Tidak didatangkan kepadaku suatu hari yang lebih berat berbanding hari itu.

STATUS

Munkar Pada Penetapan Waktu Yang Disebutkan Ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis nombor 1217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التوقيت) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: لما كان صبيحة اليوم الذي احتلمت فيه؛ أخبرت النبي – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((لا تدخل على النساء إلا بإذن)). قال: فما أتى علي يوم كان أشد منه. [طس، طص، عد، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5760)]

(Munkar Pada Penetapan Waktu Yang Disebutkan Ini)
Daripada Anas RA beliau berkata: Ketika waktu pagi pada hari yang aku bermimpi (basah) padanya, aku memberitahu kepada Nabi SAW Lalu baginda berkata: Janganlah kamu masuk kepada orang perempuan tanpa keizinan. Anas berkata: Tidak didatangkan kepadaku suatu hari yang lebih berat berbanding hari itu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al- Mu’jam al-Saghir, al-Kamil Fi al-Du’afa’ oleh Ibn ‘Adi, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5760]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs