Kitab al-Maghazi tulisan Muhammad bin Ishaq

TEKS BAHASA ARAB

كتاب المغازي لمحمد بن إسحاق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kitab al-Maghazi tulisan Muhammad bin Ishaq.

STATUS

Tidak sabit

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 137, hadis nombor 383. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بثابت، فإنه كان يأخذ من أهل الكتاب، وقال الشافعي: كتب الواقدي: كذب، وليس في المغازي أصح من مغازي موسى بن عقبة.

Tidak sabit, kerana beliau sering mengambil riwayat daripada ahli Kitab. Al-Syafii berkata: Buku-buku al-Waqidi adalah dusta. Tiada kitab Maghazi yang lebih sahih daripada Maghazi Musa bin Uqbah.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs