Kuda itu pada ubun-ubunnya kebaikan yang terikat selama-lamanya sehingga hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

الخيل في نواصيها الخير معقودا أبدا إلى يوم القيامة. فمن ارتبطها عدة في سبيل الله، وأنفق عليها احتسابا في سبيل الله؛ فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها فلاح في موازينه يوم القيامة. ومن ربطها رياء وسمعة، وفرحا ومرحا؛ فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها خسران في موازينه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kuda itu pada ubun-ubunnya kebaikan yang terikat selama-lamanya sehingga hari kiamat. Maka barang siapa yang menambatnya sebagai persiapan pada jalan Allah dan berbelanja untuknya kerana mengharapkan di jalan Allah, maka sesungguhnya kekenyangan kuda itu, kelaparannya, hilang dahaganya, hausnya, tahinya dan kencingnya merupakan kejayaan di neraca timbangan mizan orang tersebut pada hari kiamat. Manakala barang siapa yang menambatnya kerana riyak, inginkan pujian, gembira dan seronok, maka sesungguhnya kekenyangan kuda itu, kelaparannya, hilang dahaganya, hausnya, tahinya dan kencingnya merupakan kerugian di neraca timbangan mizan orang tersebut pada hari kiamat.

STATUS

Lemah dengan sempurna begini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 438, hadis nombor 2350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن أسماء بنت يزيد – رضي الله عنها -: أن رسول الله ﷺ قال: «الخيل في نواصيها الخير معقودا أبدا إلى يوم القيامة. فمن ارتبطها عدة في سبيل الله، وأنفق عليها احتسابا في سبيل الله؛ فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها فلاح في موازينه يوم القيامة. ومن ربطها رياء وسمعة، وفرحا ومرحا؛ فإن شبعها وجوعها وريها وظمأها وأرواثها وأبوالها خسران في موازينه يوم القيامة». [حم، «الضعيفة» (6836)].

(Lemah Dengan Sempurna Begini) Daripada Asma’ binti Yazid RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Kuda itu pada ubun-ubunnya kebaikan yang terikat selama-lamanya sehingga hari kiamat. Maka barang siapa yang menambatnya sebagai persiapan pada jalan Allah dan berbelanja untuknya kerana mengharapkan di jalan Allah, maka sesungguhnya kekenyangan kuda itu, kelaparannya, hilang dahaganya, hausnya, tahinya dan kencingnya merupakan kejayaan di neraca timbangan mizan orang tersebut pada hari kiamat. Manakala barang siapa yang menambatnya kerana riyak, inginkan pujian, gembira dan seronok, maka sesungguhnya kekenyangan kuda itu, kelaparannya, hilang dahaganya, hausnya, tahinya dan kencingnya merupakan kerugian di neraca timbangan mizan orang tersebut pada hari kiamat.” [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6836].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs