Lelaki yang mana yang lebih besar pahalanya

TEKS BAHASA ARAB

أي رجل أعظم أجرا من رجل له عيال يقوم عليهم حتى يغنيهم الله من فضله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lelaki yang mana yang lebih besar pahalanya daripada lelaki yang mempunyai tanggungan lalu dia menanggung mereka sehinggalah Allah memberikan mereka kekayaan dari kurniaannya.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 132. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«وَأَيُّ رَجُلٍ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ رَجُلٍ لَهُ عِيَالٌ يَقُومُ عَلَيْهِمْ حَتَّى يُغَنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ» وَفِي اللآلئ هُوَ بَاطِل وَإِنَّمَا هُوَ من كَلَام سُفْيَان.

“Dan lelaki yang mana yang lebih besar pahalanya daripada lelaki yang mempunyai tanggungan lalu dia menanggung mereka sehinggalah Allah memberikan mereka kekayaan dari kurniaannya.”
Dalam kitab al-La’ali menyebut: Ia adalah hadith yang batil. Yang sebenarnya ia merupakan ucapan Sufian.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs