Letakkan tanganmu di atas kepalamu

TEKS BAHASA ARAB

ضع يدك على رأسك؛ فإن جبريل لما نزل بها إلي، قال: ضع يديك على رأسك؛ فإنها شفاء من كل داء إلا السام، والسام: الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Letakkan tanganmu di atas kepalamu, sesungguhnya Jibril saat menurunkan ayat ini padaku, dia berkata: "Letakkan tanganmu di atas kepalamu kerana sesungguhnya ia (surah al-hasyr: 21) adalah penawar segala penyakit kecuali al-sam, iaitu kematian."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1183, hadis nombor 5996. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قرأت على النبي – صلى الله عليه وسلم – فلما بلغت هذه الآية: ((لو أنزلنا هذا القرآن)) قال لي: (ضع يدك على رأسك؛ فإن جبريل لما نزل بها إلي قال: ضع يديك على رأسك؛ فإنها شفاء من كل داء إلا السام، والسام: الموت)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (5596)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA katanya: Aku sedang perdengarkan bacaan kepada Nabi SAW, setelah sampai pada ayat: {Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini…(al-Hasyr:21)…}, Baginda pun bersabda kepadaku: Letakkan tanganmu di atas kepalamu, sesungguhnya Jibril saat menurunkan ayat ini padaku, dia berkata: "Letakkan tanganmu di atas kepalamu kerana sesungguhnya ia (surah al-hasyr: 21) adalah penawar segala penyakit kecuali al-sam, iaitu kematian." [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar al-Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5596]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs