Letakkanlah kedudukan keluarga Muhammad seperti kedudukan kepala kepada badan

TEKS BAHASA ARAB

أنزلوا آل محمد بمنزلة الرأس من الجسد، وبمنزلة العينين من الرأس؛ فإن الجسد لا يهتدي إلا بالرأس، وإن الرأس لا يهتدي إلا بالعينين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Letakkanlah kedudukan keluarga Muhammad seperti kedudukan kepala kepada badan, dan seperti kedudukan kedua-dua mata bagi kepala. Sesungguhnya badan tidak dipandu selain oleh kepala, dan kepala itu hanya dipandu oleh kedua mata.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 485, hadis nombor 2606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سلمان –رضي الله عنه- مرفوعا: ((أنزلوا آل محمد بمنزلة الرأس من الجسد، وبمنزلة العينين من الرأس؛ فإن الجسد لا يهتدي إلا بالرأس، وإن الرأس لا يهتدي إلا بالعينين)). [طب، ((الضعيفة)) (4915)]

(Palsu)
Daripada Salman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Letakkanlah kedudukan keluarga Muhammad seperti kedudukan kepala kepada badan, dan seperti kedudukan kedua-dua mata bagi kepala. Sesungguhnya badan tidak dipandu selain oleh kepala, dan kepala itu hanya dipandu oleh kedua mata.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4915]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs