Mahukah aku berikan kepada kalian?

TEKS BAHASA ARAB

عن العباس بن عبد المطلب. قال قال رسول الله ألا أهب لك ألا أعطيك ألا أمنحك فظننت أنه يعطيني من الدنيا شيئا لم يعطه أحد قبلي. قال: أربع ركعات إذا قلت فيهن ما أعلمك غفر الله لك. تبدأ فتكبر ثم تقرأ فاتحة الكتاب وسورة ثم تقول سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا لله والله أكبر خمس عشرة مرة فإذا ركعت فقل مثل ذلك عشر مرات فإذا قلت سمع الله لمن حمده قلت مثل ذلك عشر مرات فإذا سجدت فقل مثل ذلك عشر مرات فإذا رفعت رأسك فقل مثل ذلك عشر مرات فإذا سجدت الثانية فقل مثل ذلك عشر مرات، فإذا رفعت رأسك فقل مثل ذلك عشر مرات قبل أن تقوم. افعل في الركعة الثانية مثل ذلك غير أنك إذا جلست للتشهد قلت ذلك عشر مرات قبل التشهد ثم افعل في الركعتين الباقيتين مثل ذلك فإن استطعت أن تفعل في كل يوم وإلا ففي كل جمعة وإلا ففي كل شهر وإلا ففي كل شهرين وإلا ففي كل سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada al-Abbas bin Abd al-Muttalib. Katanya Rasulullah SAW telah bersabda: Mahukah aku berikan kepada kalian? Mahukah aku kurniakan kepada kalian? Mahukah aku berikan kepada kalian? (Abbas berkata): Aku menyangka bahawasanya dia akan memberiku daripada (harta) dunia sesuatu yang tidak pernah diberikan oleh sesiapapun sebelum ini. (Rasulullah SAW) telah berkata: “Empat rakaat jika kamu baca padanya apa yang aku ajarkan kepada kamu, Allah ampunkan kalian. Mulakan dengan takbir, kemudian membaca al-Fatihah dan surah, kemudian bacalah (سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلا لله وَاللَّهُ أَكْبَرُ) 15 kali, jika telah rukuk maka bacalah sepertinya sepuluh kali, kemudian seusai membaca (سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ), maka bacalah sepertinya sepuluh kali, seusai sujud kedua bacalah sepertinya sepuluh kali, seusai mengangkat kepala bacalah sepertinya sepuluh kali sebelum kamu berdiri tegak. Lakukan pada rakaat kedua, sama seperti ia serta bacalah sepertinya sepuluh kali sebelum tasyahud awal kemudian lakukan ia pada rakaat-rakaat seterusnya sama seperti itu, jika mampu lakukanlah pada setiap hari, jika tidak lakukanlah pada setiap Jumaat, jika tidak mampu lakukanlah satu kali sebulan, jika tidak mampu lakukanlah pada setiap dua bulan sekali dan jika tidak mampu lakukanlah pada setiap tahun sekali

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 124. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَرَوَى أَيْضًا بِسَنَدِهِ إِلَى صَدَقَةَ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ رُوَيْمٍ عَنْ أَبِي الدَّيْلَمِيِّ عَنِ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ. قَالَ قَالَ رَسُول الله أَلا أَهَبُ لَكَ أَلا أُعْطِيكَ أَلا أمنحك فَظَنَنْت أَنه يُعْطِينِي مِنَ الدُّنْيَا شَيْئًا لَمْ يُعْطَهُ أَحَدٌ قَبْلِي. قَالَ: أَرْبَعُ رَكَعَاتٍ إِذَا قُلْتَ فِيهِنَّ مَا أُعَلِّمُكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ. تَبْدَأُ فَتُكَبِّرُ ثُمَّ تَقْرَأُ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً ثُمَّ تَقُولُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلا لله وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً فَإِذَا رَكَعْتَ فَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ فَإِذَا قُلْتَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ قُلْتَ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ فَإِذَا سَجَدْتَ فَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ فَإِذَا رَفَعْتَ رَأْسَكَ فَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ فَإِذَا سَجَدْتَ الثَّانِيَةَ فَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ، فَإِذَا رَفَعْتَ رَأْسَكَ فَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ. افْعَلْ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ ذَلِكَ غَيْرَ أَنَّكَ إِذَا جَلَسْتَ لِلتَّشَهُّدِ قُلْتَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ قَبْلَ التَّشَهُّدِ ثُمَّ افْعَلْ فِي الرَّكْعَتَيْنِ الْبَاقِيَتَيْنِ مِثْلَ ذَلِكَ فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَفْعَلَ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَإِلا فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ وَإِلا فَفِي كُلِّ شَهْرٍ وَإِلا فَفِي كُلِّ شَهْرَيْنِ وَإِلا فَفِي كُلِّ سَنَةٍ….وَالْحَاصِل أَن أحاديثها حَسَنَة وَإِن لم تكن صَحِيحه لِكَثْرَة الطّرق وَانْتِفَاء القوادح الَّتِي ذكرهَا ابْن الْجَوْزِيّ تساهلا مِنْهُ وَمن ضعف نظر إِلَى إِفْرَاد الطّرق من غير انضمام بَعْضهَا إِلَى بعض وَمن صحّح أَو حسن نظر إِلَى كَثْرَة الطّرق وأطلع بَعْضهَا على مُقْتَضى الصَّحِيح، فَكَانَ المعتمدان حَدِيثهَا حسن أَو صَحِيح وَأَنَّهَا سنة كَمَا ذكرهَا مَعَ كيفيتها أَئِمَّتنَا فِي كتبهمْ انْتهى.
قلت؛ فَهَذِهِ الْعبارَات الْوَاقِعَة من أَجله الثِّقَات نادت على أَن قَول وضع حَدِيث صَلَاة التَّسْبِيح قَول بَاطِل ومهمل لَا يَقْتَضِيهِ الْعقل وَالنَّقْل بل هُوَ صَحِيح أَو حسن مُحْتَج بِهِ والمحدثون كلهم مَا عدا ابْن الْجَوْزِيّ ونظرائه إِنَّمَا اخْتلفُوا فِي تَصْحِيحه وتضعيفه وَلم يتفوه أحد بِوَضْعِهِ.

وَرَوَى أَيْضًا بِسَنَدِهِ إِلَى صَدَقَةَ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ رُوَيْمٍ عَنْ أَبِي الدَّيْلَمِيِّ عَنِ الْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ. قَالَ قَالَ رَسُول الله أَلا أَهَبُ لَكَ أَلا أُعْطِيكَ أَلا أمنحك فَظَنَنْت أَنه يُعْطِينِي مِنَ الدُّنْيَا شَيْئًا لَمْ يُعْطَهُ أَحَدٌ قَبْلِي. قَالَ: أَرْبَعُ رَكَعَاتٍ إِذَا قُلْتَ فِيهِنَّ مَا أُعَلِّمُكَ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ. تَبْدَأُ فَتُكَبِّرُ ثُمَّ تَقْرَأُ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً ثُمَّ تَقُولُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلا لله وَاللَّهُ أَكْبَرُ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً فَإِذَا رَكَعْتَ فَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ فَإِذَا قُلْتَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ قُلْتَ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ فَإِذَا سَجَدْتَ فَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ فَإِذَا رَفَعْتَ رَأْسَكَ فَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ فَإِذَا سَجَدْتَ الثَّانِيَةَ فَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ، فَإِذَا رَفَعْتَ رَأْسَكَ فَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ. افْعَلْ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ ذَلِكَ غَيْرَ أَنَّكَ إِذَا جَلَسْتَ لِلتَّشَهُّدِ قُلْتَ ذَلِكَ عَشْرَ مَرَّاتٍ قَبْلَ التَّشَهُّدِ ثُمَّ افْعَلْ فِي الرَّكْعَتَيْنِ الْبَاقِيَتَيْنِ مِثْلَ ذَلِكَ فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَفْعَلَ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَإِلا فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ وَإِلا فَفِي كُلِّ شَهْرٍ وَإِلا فَفِي كُلِّ شَهْرَيْنِ وَإِلا فَفِي كُلِّ سَنَةٍ.
Dan dia (al-Daraqutni) telah meriwayatkan juga melalui jalur Sadaqah daripada ‘Urwah bin Ruwaim daripada Abi al-Daylami daripada al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib. Katanya Rasulullah SAW telah bersabda: Mahukah aku berikan kepada kalian? Mahukah aku kurniakan kepada kalian? Mahukah aku berikan kepada kalian? (Abbas berkata): Aku menyangka bahawasanya dia akan memberiku daripada (harta) dunia sesuatu yang tidak pernah diberikan oleh sesiapapun sebelum ini. (Rasulullah SAW) telah berkata: “Empat rakaat jika kamu baca padanya apa yang aku ajarkan kepada kamu, Allah ampunkan kalian. Mulakan dengan takbir, kemudian membaca al-Fatihah dan surah, kemudian bacalah (سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلا لله وَاللَّهُ أَكْبَرُ) 15 kali, jika telah rukuk maka bacalah sepertinya sepuluh kali, kemudian seusai membaca (سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ), maka bacalah sepertinya sepuluh kali, seusai sujud kedua bacalah sepertinya sepuluh kali, seusai mengangkat kepala bacalah sepertinya sepuluh kali sebelum kamu berdiri tegak. Lakukan pada rakaat kedua, sama seperti ia serta bacalah sepertinya sepuluh kali sebelum tasyahud awal kemudian lakukan ia pada rakaat-rakaat seterusnya sama seperti itu, jika mampu lakukanlah pada setiap hari, jika tidak lakukanlah pada setiap Jumaat, jika tidak mampu lakukanlah satu kali sebulan, jika tidak mampu lakukanlah pada setiap dua bulan sekali dan jika tidak mampu lakukanlah pada setiap tahun sekali….Kesimpulannya, hadis-hadis ini ḥasan jika ia tidak sahih oleh sebab jalur yang banyak serta ternafinya sebab kedaifan yang disebutkan oleh Ibn al-Jauzi kerana tasahul (bermudah-mudahan) beliau dalam mendaifkannya dan siapa yang mendaifkannya adalah kerana disebabkan dia melihat kepada setiap jalur secara bersendirian tanpa mengumpulkan kesemua jalurnya. Siapa yang menṣaḥīhkan dan menhasankan oleh kerana banyaknya jalurnya sehingga boleh Dīnaikkan ke status sahih. Muktamadnya, hadis ini hasan ataupun sahih dan ianya sunah seperti yang telah disebutkan bersama tatacaranya yang ditulis oleh para ulama di dalam kitab mereka. [TAMAT] Aku katakan: Apa yang terkandung di sini adalah daripada para [perawi] yang thiqah [dipercayai] yang menyeru bahawa perkataan siapa yang meletakkan hadis solat tasbih ini sebagai palsu ialah perkataan yang batil dan tidak diperlukan, ia tidak disokong oleh akal dan naql (wahyu) bahkan ia merupakan hadis sahih ataupun hasan yang boleh dijadikan hujah. Muhaddithin (ahli hadis) dan ulama yang seumpama mereka selain pendapat Ibn al-Jauzi berbeza pendapat tentang pensahihah dan pendaifan [hadis ini], dan tiada sesiapa pun yang mengatakan kepalsuannya.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs