Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang orang yang terbaik dalam kalangan kamu?

TEKS BAHASA ARAB

ألا أنبئكم بخياركم؟ خياركم أطولكم أعمارا إذا سددوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang orang yang terbaik dalam kalangan kamu? Orang yang terbaik dalam kalangan kamu adalah mereka yang paling panjang umurnya apabila mereka melakukan kebenaran.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 156 hadis nombor 776. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ)
عن أنس رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ألا أنبئكم بخياركم؟ خياركم أطولكم أعمارا إذا سددوا.
[ع، ((الضعيفة)) (6696)]

(Munkar Dengan Lafaz Ini)
Daripada Anas RA beliau berkata: Nabi ﷺ telah bersabda: Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang orang yang terbaik dalam kalangan kamu? Orang yang terbaik dalam kalangan kamu adalah mereka yang paling panjang umurnya apabila mereka melakukan kebenaran.
[Musnad Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6696]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs