Mahukah kalian aku beritahu kalian tentang sesuatu

TEKS BAHASA ARAB

ألا نحدثكم بما يدخلكم الجنة؟ ضرب بالسيف، وطعام الضيف، واهتمام بمواقيت الصلاة، وإسباغ الطهور في الليلة القرة، وإطعام الطعام على حبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mahukah kalian aku beritahu kalian tentang sesuatu yang bakal memasukkan kalian ke dalam syurga? (Perbuatan tersebut ialah) pukulan pedang (di jalan Allah), memberi makan kepada tetamu, cakna dengan waktu-waktu solat, tetap melebihkan basuhan dalam bersuci sekalipun ketika waktu kesejukan di malam hari, serta amalan memberi makan kepada orang-orang yang dia sukai.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1031, hadis nombor 5286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال – صلى الله عليه وسلم -: ألا نحدثكم بما يدخلكم الجنة؟ ضرب بالسيف، وطعام الضيف، واهتمام بمواقيت الصلاة، وإسباغ الطهور في الليلة القرة، وإطعام الطعام على حبه. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7134)]

(Sangat Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA (beliau) berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Mahukah kalian aku beritahu kalian tentang sesuatu yang bakal memasukkan kalian ke dalam syurga? (Perbuatan tersebut ialah) pukulan pedang (di jalan Allah), memberi makan kepada tetamu, cakna dengan waktu-waktu solat, tetap melebihkan basuhan dalam bersuci sekalipun ketika waktu kesejukan di malam hari, serta amalan memberi makan kepada orang-orang yang dia sukai.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7134]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs