Majlis itu ada tiga

TEKS BAHASA ARAB

المجالس ثلاثة: سالم ، وغانم، وشاجب، فالغانم: الذي يكثر ذكر الله في مجلسه، والسالم: الذي يسكت، لا له ولا عليه، والشاجب: الذي يكون كلامه وعمله في معصية الله – عز وجل -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Majlis itu ada tiga: Orang yang selamat dari dosa, orang yang mendapat ganjaran pahala, dan orang yang binasa lagi berdosa. Orang yang mendapat ganjaran pahala adalah seseorang yang banyak mengingati Allah di dalam majlisnya. Orang yang selamat dari dosa pula adalah seseorang yang diam. Dia tidak mendapat pahala, tidak pula mendapat dosa. Manakala orang yang binasa adalah seseorang yang mana ucapan dan perbuatannya berada dalam kemaksiatan kepada Allah Azza wa Jalla.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 244, hadis nombor 1280. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((المجالس ثلاثة: سالم، وغانم، وشاجب. فالغانم: الذي يكثر ذكر الله في مجلسه، والسالم: الذي يسكت؛ لا له ولا عليه. والشاجب: الذي يكون كلامه وعمله في معصية الله – عز وجل -)). [الأصبهاني، ومسدد، «الضعيفة» (6577)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Majlis itu ada tiga: Orang yang selamat dari dosa, orang yang mendapat ganjaran pahala, dan orang yang binasa lagi berdosa. Orang yang mendapat ganjaran pahala adalah seseorang yang banyak mengingati Allah di dalam majlisnya. Orang yang selamat dari dosa pula adalah seseorang yang diam. Dia tidak mendapat pahala, tidak pula mendapat dosa. Manakala orang yang binasa adalah seseorang yang mana ucapan dan perbuatannya berada dalam kemaksiatan kepada Allah Azza wa Jalla.
[Riwayat al-Asbahani dan Musaddad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 6577]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs