Melihat kepada wajah orang alim lebih dicintai Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: نظرة إلى وجه العالم أحب إلى الله من عبادة ستين سنة صياما وقياما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Melihat kepada wajah orang alim lebih dicintai Allah berbanding ibadah selama 60 tahun secara berpuasa dan solat malam”.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 210, hadis nombor 663. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: نظرة إِلَى وَجه الْعَالم أحب إِلَى الله من عبَادَة سِتِّينَ سنة، صياما وقياما. لَا يَصح، قَالَه السخاوي.

Hadith: “Melihat kepada wajah orang alim lebih dicintai Allah berbanding ibadah selama 60 tahun secara berpuasa dan solat malam”. Tidak sahih seperti pendapat al-Sakhawi.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs