Membaca al-Quran secara hafazan atau dengan cara melihat

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ القرآن ظاهرا أو نظرا، أعطي شجرة في الجنة، لو أن غرابا أفرخ تحت ورقة منها، ثم أدرك ذلك الفرخ الهرم فنهض، لأدركه الهرم قبل أن يقطع تلك الورقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca al-Quran secara menghafal (hafazan) atau dengan cara melihat, maka dia akan diberikan pokok dalam syurga. Dan jika seekor burung gagak bertenggek di bawah daunnya lalu ia bertelur di bawahnya, maka ketika anak burung itu hendak terbang, nescaya ia akan menjadi tua sebelum sempat ia melewati daun tersebut.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 720, hadis nombor 3676. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن عبد الله بن الزبير رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: من قرأ القرآن ظاهرا أو نظرا، أعطي شجرة في الجنة، لو أن غرابا أفرخ تحت ورقة منها، ثم أدرك ذلك الفرخ الهرم فنهض، لأدركه الهرم قبل أن يقطع تلك الورقة.
[ك، عق، طب، عد، هب، الشيروي في ((العوالي))، ((الضعيفة)) (6542)]

(Munkar)
Daripada ‘Abdullah bin al-Zubayr RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca al-Quran secara menghafal (hafazan) atau dengan cara melihat, maka dia akan diberikan pokok dalam syurga. Dan jika seekor burung gagak bertenggek di bawah daunnya lalu ia bertelur di bawahnya, maka ketika anak burung itu hendak terbang, nescaya ia akan menjadi tua sebelum sempat ia melewati daun tersebut.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak, al-‘Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Syairawi dalam al-Awali. Lihat Silsilah al-Dhaifah (6542)

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs