Memberi pinjam harta lebih besar ganjarannya daripada bersedekah

TEKS BAHASA ARAB

رأيت ليلة أسري بي مكتوباً على باب الجنة: الصدقة بعشر أمثالها، والقرض بثمانية عشر، فقلت لجبريل: ما بال القرض أفضل من الصدقة؟ قال: لأن السائل يسأل وعنده شيء، والمستقرض لا يستقرض إلا من حاجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada malam ketika aku diperjalankan (Israk Mikraj), aku lihat tertulis di pintu syurga: ‘Memberi sedekah itu (ganjarannya) sepuluh kali ganda, dan memberi pinjaman adalah lapan belas kali, maka aku berkata kepada Jibril: Apa yang membuatkan memberi pinjam lebih baik daripada memberi sedekah? Jibril berkata: Kerana pengemis meminta-minta walaupun dia masih mempunyai (sesuatu harta), tetapi orang yang meminta pinjaman berbuat demikian hanya kerana dia (benar-benar) memerlukan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 473, hadis nombor 2541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس مرفوعا: ((رأيت ليلة أسري بي مكتوباً على باب الجنة: الصدقة بعشر أمثالها، والقرض بثمانية عشر، فقلت لجبريل: ما بال القرض أفضل من الصدقة؟ قال: لأن السائل يسأل وعنده شيء، والمستقرض لا يستقرض إلا من حاجة)). [هـ، أبو القاسم الشهرزوري في ((الأمالي))، محمد بن سليمان الربعي في ((جزء من حديثه))، عد، ابن الجوزي في ((العلل))، هب، أبو نعيم في ((جزء من الأمالي))، ((الضعيفة)) (3637)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada malam ketika aku diperjalankan (Israk Mikraj), aku lihat tertulis di pintu syurga: ‘Memberi sedekah itu (ganjarannya) sepuluh kali ganda, dan memberi pinjaman adalah lapan belas kali, maka aku berkata kepada Jibril: Apa yang membuatkan memberi pinjam lebih baik daripada memberi sedekah? Jibril berkata: Kerana pengemis meminta-minta walaupun dia masih mempunyai (sesuatu harta), tetapi orang yang meminta pinjaman berbuat demikian hanya kerana dia (benar-benar) memerlukan.’
[Riwayat Sunan Ibn Mājah, Abu Qassim al-Shahrazuri dalam al-Amali, Muhammad bin Sulayman al-Raba’ie dalam Juzu’ min Hadithihi, Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, Ibnu Jauzi dalam al-’Ilal, al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān, Abu Nu’aim dalam Juz’ min al-Amali. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3637]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs