Mengapakah salah seorang kamu menyakiti saudaranya dalam sesuatu urusan

TEKS BAHASA ARAB

أن رجلا من المهاجرين لقي العباس بن عبد المطلب فقال: يا أبا الفضل أرأيت عبد المطلب بن هاشم والغيطلة كاهنة بني سهم جمعهما الله جميعاً في النار؟ فصفح عنه. ثم لقيه الثانية، فقال له مثل ذلك، فصفح عنه، ثم لقيه الثالثة، فقال له مثل ذلك، فرفع العباس يده فوجأ أنفه فكسره، فانطلق الرجل كما هو إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فلما رآه، قال: ما هذا؟ قال: العباس، فأرسل إليه فجاءه، فقال: “ما أردت إلى رجل من المهاجرين؟” فقال: يا رسول الله – صلى الله عليه وسلم -! والله لقد علمت أن عبد المطلب في النار، ولكنه لقيني، فقال: يا أبا الفضل! أرأيت عبد المطلب بن هاشم والغيطلة كاهنة بني سهم جمعهما الله جميعاً في النار؟ فصفحت عنه مراراً، ثم والله ما ملكت نفسي، وما إياه أراد، ولكنه أرادني، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: “ما بال أحدكم يؤذي أخاه في الأمر، وإن كان حقاً!”

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki daripada kalangan Muhajirin telah bertemu dengan al-‘Abbās ibn ‘Abd al-Muṭṭalib lalu berkata: “Wahai Abū al-Faḍl, adakah kamu berpendapat bahawa Allah S.W.T akan menghimpunkan ‘Abd al-Muṭṭalib ibn Hāshim dan al-Ghayṭalah bomoh Bani Sahm kedua-duanya di dalam neraka?”. Lalu dia berpaling. Kemudian dia bertemu dengannya (al-‘Abbās) kali yang kedua dan mengucapkan kepadanya (pertanyaan) yang sama, lalu dia berpaling. Kemudian dia bertemu dengannya kali yang ketiga dan mengucapkan kepadanya pertanyaan yang sama. Maka al-‘Abbās telah mengangkat tangannya lalu memukul hidung lelaki tersebut sehingga patah. Maka lelaki tersebut pergi dalam keadaan tersebut kepada Nabi S.A.W. Ketika Baginda S.A.W melihat lelaki itu, Baginda S.A.W telah bertanya: “Kenapakah ini?” Lelaki itu telah menjawab: “Al-‘Abbās”. Maka diutuskan orang kepada al-‘Abbās lalu beliau pun datang. Maka Baginda SAW telah bertanya: “Apa yang kamu mahukan kepada seorang lelaki daripada kalangan Muhajirin?” Al-‘Abbās telah menjawab: “Wahai Rasulullah, demi Allah S.W.T aku telah mengetahui bahawa ‘Abd al-Muṭṭalib berada di dalam neraka, akan tetapi lelaki ini bertemu denganku. Dan dia telah berkata: Wahai Abū al-Faḍl, adakah kamu berpendapat bahawa ‘Abd al-Muṭṭalib ibn Hāshim dan al-Ghayṭalah bomoh Bani Sahm, Allah SWT akan menghimpunkan kedua-duanya di dalam neraka? Lalu aku telah berpaling daripadanya beberapa kali. Kemudian demi Allah, aku tidak dapat mengawal diriku. Bukan itu yang dia mahukan tetapi dia mahukan diriku”. Maka Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Mengapakah salah seorang kamu menyakiti saudaranya dalam sesuatu urusan, sekalipun ia adalah benar”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 81, hadis nombor 403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن العباس بن عبد الرحمن أن رجلا من المهاجرين لقي العباس بن عبد المطلب فقال: يا أبا الفضل أرأيت عبد المطلب بن هاشم والغيطلة كاهنة بني سهم جمعهما الله جميعاً في النار؟ فصفح عنه. ثم لقيه الثانية، فقال له مثل ذلك، فصفح عنه، ثم لقيه الثالثة، فقال له مثل ذلك، فرفع العباس يده فوجأ أنفه فكسره، فانطلق الرجل كما هو إلى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فلما رآه، قال: ما هذا؟ قال: العباس، فأرسل إليه فجاءه، فقال: ما أردت إلى رجل من المهاجرين؟ فقال: يا رسول الله – صلى الله عليه وسلم -! والله لقد علمت أن عبد المطلب في النار، ولكنه لقيني، فقال: يا أبا الفضل! أرأيت عبد المطلب بن هاشم والغيطلة كاهنة بني سهم جمعهما الله جميعاً في النار؟ فصفحت عنه مراراً، ثم والله ما ملكت نفسي، وما إياه أراد، ولكنه أرادني، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ما بال أحدكم يؤذي أخاه في الأمر، وإن كان حقاً!
[أبو داود في ((المراسيل))، ابن سعد، ((الضعيفة)) (4429، 6545)]

(Lemah)
Daripada al-‘Abbās ibn ‘Abd al-Raḥmān: Seorang lelaki daripada kalangan Muhajirin telah bertemu dengan al-‘Abbās ibn ‘Abd al-Muṭṭalib lalu berkata: “Wahai Abū al-Faḍl, adakah kamu berpendapat bahawa Allah S.W.T akan menghimpunkan ‘Abd al-Muṭṭalib ibn Hāshim dan al-Ghayṭalah bomoh Bani Sahm kedua-duanya di dalam neraka?”. Lalu dia berpaling. Kemudian dia bertemu dengannya (al-‘Abbās) kali yang kedua dan mengucapkan kepadanya (pertanyaan) yang sama, lalu dia berpaling. Kemudian dia bertemu dengannya kali yang ketiga dan mengucapkan kepadanya pertanyaan yang sama. Maka al-‘Abbās telah mengangkat tangannya lalu memukul hidung lelaki tersebut sehingga patah. Maka lelaki tersebut pergi dalam keadaan tersebut kepada Nabi S.A.W. Ketika Baginda S.A.W melihat lelaki itu, Baginda S.A.W telah bertanya: “Kenapakah ini?” Lelaki itu telah menjawab: “Al-‘Abbās”. Maka diutuskan orang kepada al-‘Abbās lalu beliau pun datang. Maka Baginda SAW telah bertanya: “Apa yang kamu mahukan kepada seorang lelaki daripada kalangan Muhajirin?” Al-‘Abbās telah menjawab: “Wahai Rasulullah, demi Allah S.W.T aku telah mengetahui bahawa ‘Abd al-Muṭṭalib berada di dalam neraka, akan tetapi lelaki ini bertemu denganku. Dan dia telah berkata: Wahai Abū al-Faḍl, adakah kamu berpendapat bahawa ‘Abd al-Muṭṭalib ibn Hāshim dan al-Ghayṭalah bomoh Bani Sahm, Allah SWT akan menghimpunkan kedua-duanya di dalam neraka? Lalu aku telah berpaling daripadanya beberapa kali. Kemudian demi Allah, aku tidak dapat mengawal diriku. Bukan itu yang dia mahukan tetapi dia mahukan diriku”. Maka Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Mengapakah salah seorang kamu menyakiti saudaranya dalam sesuatu urusan, sekalipun ia adalah benar”.
[Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4429, 6545]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs