Mengingkari takdir adalah permulaan kepada syirik

TEKS BAHASA ARAB

ما هلكت أمة قط إلا بالشرك بالله -عز وجل-، وما أشركت أمة حتى يكون بدء شركها التكذيب بالقدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada yang dapat memusnahkan sesuatu umat kecuali perbuatan syirik kepada Allah Azzawajalla, dan sesuatu kaum itu tidak mempersekutukan Allah SWT sehinggalah permulaan syiriknya (kaum tersebut) ialah dengan mengingkari (menolak) takdir.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 471, hadis nombor 2526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص – رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ما هلكت أمة قط إلا بالشرك بالله – عز وجل-، وما أشركت أمة حتى يكون بدء شركها التكذيب بالقدر)). [ابن أبي عاصم، طص، المخلص في ((حديثه))، تمام، الآجري في ((الشريعة))، اللالكائي، ابن عساكر، الباغندي في ((مسند عمر بن عبد العزيز))، ((الضعيفة)) (3398)]

(Lemah )
Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada yang dapat memusnahkan sesuatu umat kecuali perbuatan syirik kepada Allah Azzawajalla, dan sesuatu kaum itu tidak mempersekutukan Allah SWT sehinggalah permulaan syiriknya (kaum tersebut) ialah dengan mengingkari (menolak) takdir.
[Riwayat Ibnu Abi ‘Asim, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr, al-Mukhlis dalam Hadisnya,Tammam, al- Ajuri dalam al-Syariah, al-Lalukai, Ibn ‘Asakir, al-Baghandi dalam Musnad Umar bin Abdul Aziz. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3398]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs