Menunggu pertolongan dengan penuh kesabaran merupakan satu ibadah

TEKS BAHASA ARAB

انتظار الفرج بالصبر عبادة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Menunggu pertolongan dengan penuh kesabaran merupakan satu ibadah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 187, hadis nombor 960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) ((انتظار الفرج بالصبر عبادة)). روي من حديث عبد الله بن عمر وعبد الله بن عباس وأنس بن مالك وعلي بن أبي طالب.
[ابن جميع في ((معجم الشيوخ))، القضاعي، عد، خط، ((الضعيفة)) (1572)]

(Palsu)
Menunggu pertolongan dengan penuh kesabaran merupakan satu ibadahز
Diriwayatkan daripada hadis ‘Abdullah bin ‘Umar, ‘Abdullah bin ‘Abbas, Anas bin Malik, ‘Ali bin Abi Talib RA.
[Riwayat Ibn Jami’ dalam Mu’jam al-Shuyukh, al-Quda‘ie, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’ dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1572]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs