Mimpi itu ada enam

TEKS BAHASA ARAB

الرؤيا ستة: المرأة خير، ‌والبعير ‌خوف، واللبن الفطرة، والخضرة الجنة، والسفينة نجاة، والتمر رزق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami sedang duduk di sisi Umar bin Abdul Aziz, lalu datang seorang lelaki dari ahli Syam lalu dia berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Inilah lelaki yang telah melihat Rasulullah, lalu Umar bangun dan kami bangun bersamanya. Beliau berkata: “Engkau telah melihat Rasulullah SAW?” Lelaki itu berkata: “Ya.” Beliau berkata: “Adakah kamu mendengar sesuatu dari baginda?” Lelaki itu menjawab: “Ya. Aku mendengar baginda bersabda: ((Mimpi itu ada enam, (mimpi melihat) perempuan (dan itu adalah mimpi yang) baik, (mimpi melihat) unta (dan itu adalah mimpi yang) menakutkan, (mimpikan) susu itu fitrah (membawa maksud ilmu, atau agama atau sesuatu yang berkaitan dengan fitrah), (mimpikan) kehijauan (petanda) syurga, (mimpikan) kapal itu (membawa maksud) keselamatan dan (mimpikan) tamar membawa maksud) rezeki.))"

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 611 – 612, hadis nombor 3180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من أهل الشام: كنا جلوساً عند عمر بن عبد العزيز، فجاء رجل من أهل الشام فقال: يا أمير المؤمنين! ها هنا رجل رأى رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقام عمر، وقمنا معه، قال: أنت رأيت رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؟ قال: نعم، قال: هل سمعت منه شيئاً؟ قال: نعم؛ سمعته يقول: ((الرؤيا ستة: المرأة خير، ‌والبعير ‌خوف، واللبن الفطرة، والخضرة الجنة، والسفينة نجاة، والتمر رزق)). [فر، ((الضعيفة)) (3653)].

(Lemah)
Daripada seorang lelaki dari ahli Syam: Kami sedang duduk di sisi Umar bin Abdul Aziz, lalu datang seorang lelaki dari ahli Syam lalu dia berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Inilah lelaki yang telah melihat Rasulullah, lalu Umar bangun dan kami bangun bersamanya. Beliau berkata: “Engkau telah melihat Rasulullah SAW?” Lelaki itu berkata: “Ya.” Beliau berkata: “Adakah kamu mendengar sesuatu dari baginda?” Lelaki itu menjawab: “Ya. Aku mendengar baginda bersabda: ((Mimpi itu ada enam, (mimpi melihat) perempuan (dan itu adalah mimpi yang) baik, (mimpi melihat) unta (dan itu adalah mimpi yang) menakutkan, (mimpikan) susu itu fitrah (membawa maksud ilmu, atau agama atau sesuatu yang berkaitan dengan fitrah), (mimpikan) kehijauan (petanda) syurga, (mimpikan) kapal itu (membawa maksud) keselamatan dan (mimpikan) tamar membawa maksud) rezeki.))"
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3653].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs