Nabi SAW melarang seorang lelaki berjalan di tengah-tengah antara dua orang perempuan

TEKS BAHASA ARAB

نهى أن يمشي الرجل بين المرأتين.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang seorang lelaki berjalan di tengah-tengah antara dua orang perempuan.

 

STATUS

Palsu

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 171, hadis nombor 859. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: نهى أن يمشي الرجل بين المرأتين.
[د، عق، ك، عد، الخلال في ((الأمر بالمعروف))، ((الضعيفة)) (375)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Nabi SAW melarang seorang lelaki berjalan di tengah-tengah antara dua orang perempuan.
[Riwayat Abu Daud dalam Sunan, al-’Uqaili alam al-Dhu’afa’ al-Kabir, al-Hakim dalam Mustadrak, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’, al-Khallal dalam al-Amr Bi al-Ma’ruf. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 375]

 

 

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

 

 

 

 

 

 

 

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs