Nabi SAW melarang bersugi dengan menggunakan kayu al-Rayḥān dan delima

TEKS BAHASA ARAB

نهى – صلى الله عليه وسلم – عن السواك بعود الريحان والرمان؛ وقال: إنه يحرك عرق الجذام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW melarang bersugi dengan menggunakan kayu al-Rayḥān dan delima, Baginda SAW telah bersabda: “Sesungguhnya ia boleh mengaktifkan urat kusta.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1181, hadis nombor 5983. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ضمرة بن حبيب، قال: نهى عن السواك بعود الريحان والرمان؛ وقال: ((إنه يحرك عرق الجذام)).

(Lemah) Daripada Dhamrah Ibn Habib, telah berkata: Nabi SAW melarang bersugi dengan menggunakan kayu al-Rayḥān dan delima, Baginda SAW telah bersabda: “Sesungguhnya ia boleh mengaktifkan urat kusta.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4718]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs