Nabi SAW memakai selipar dan menutup kepala ketika memasuki tandas

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا دخل المرفق لبس حذاءه وغطى رأسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila Baginda masuk ke dalam bilik air, Baginda akan memakai selipar dan juga menutup kepala Baginda.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 78, hadis nombor 375. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حبيب بن صالح، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – إذا دخل المرفق لبس حذاءه وغطى رأسه)). [ابن سعد، هق، ((الضعيفة)) (4191)].

(Lemah)
Daripada Habib bin Soleh, beliau berkata: Nabi SAW apabila Baginda masuk ke dalam bilik air, Baginda akan memakai selipar dan juga menutup kepala Baginda.
[Riwayat Ibn Sa’d, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4191].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs