Nama Allah yang paling besar ialah “Tuhan, Tuhan”

TEKS BAHASA ARAB

اسم الله الأكبر ؛ رب ، رب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nama Allah yang paling besar ialah “Tuhan, Tuhan”.

STATUS

Mauquf

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 560, hadis nombor 2906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موقوف) عن أبي الدرداء وابن عباس – رضي الله عنهم -: أنهما كانا يقولان: ((اسم الله الأكبر: ربِّ ربِّ)).
[ش، ((الضعيفة)) (6123)]

(Mauquf)
Daripada Abu al-Darda’ dan Ibn ‘Abbas RA, bahawa mereka berdua pernah berkata: “Nama Allah yang paling besar ialah “Tuhan, Tuhan”.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6123]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs