Neraka adalah tempat bagi sesiapa yang berdusta atas nama baginda SAW

TEKS BAHASA ARAB

من كذب علي متعمدا أو رد شيئا أمرت به فليتبوأ بيتا في جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja atau menolak sesuatu yang aku arahkan (perintah), maka persiapkanlah (sediakanlah) rumahnya di neraka jahanam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 719, hadis nombor 3673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر يذكر: (الرد))
عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من كذب علي متعمدا أو رد شيئا أمرت به فليتبوأ بيتا في جهنم.
[ع، وفي ((معجم شيوخه)) أيضا، ((الضعيفة)) (6774)]

(Munkar dengan lafaz: “Menolak”)
Daripada Abu Bakr al-Siddiq RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja atau menolak sesuatu yang aku arahkan (perintah), maka persiapkanlah (sediakanlah) rumahnya di neraka jahanam.
[Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Abu Ya'la dalam Mu'jam Shuyukhihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6774]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs