Orang yang ketawa semasa solat, berpaling ke sana sini dan yang mengetap jari jemarinya

TEKS BAHASA ARAB

الضاحك في الصلاة، والملتفت، والمفقع أصابعه بمنزلة واحدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang ketawa semasa solat, berpaling ke sana sini dan yang mengetap jari jemarinya (ketika solat); (mereka) berada pada kedudukan yang sama (dari sudut kesemuanya itu adalah dilarang).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 276, hadis nombor 1435. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ -رضي الله عنه-: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((الضاحك في الصلاة، والملتفت، والمفقع أصابعه بمنزلة واحدة)).
[حم، هق، ((الضعيفة)) (3024)]

(Lemah)
Daripada Mu’az ―raḍiyallāhu ‘anhu― bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Orang yang ketawa semasa solat, berpaling ke sana sini dan yang mengetap jari jemarinya (ketika solat); (mereka) berada pada kedudukan yang sama (dari sudut kesemuanya itu adalah dilarang).
[Riwayat Musnad Ahmad, Sunan al-Kubra oleh al Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3024]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs