Orang yang mengingati Allah pada bulan Ramadhan akan mendapat keampunan untuknya

TEKS BAHASA ARAB

ذاكر الله في رمضان مغفور له، وسائل الله فيه لا يخيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mengingati Allah pada bulan Ramadhan akan mendapat keampunan untuknya dan orang yang meminta kepada Allah dalam bulan Ramadhan tidak akan kecewa.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1463, hadis nombor 7445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعاً: ((ذاكر الله في رمضان مغفور له، وسائل الله فيه لا يخيب)). [طس، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (3621)]

(Palsu)
Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang mengingati Allah pada bulan Ramadhan akan mendapat keampunan untuknya dan orang yang meminta kepada Allah dalam bulan Ramadhan tidak akan kecewa.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3621]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs