Orang yang paling gelisah ialah orang mukmin

TEKS BAHASA ARAB

أعظم الناس هما المؤمن الذي يهتم بأمر دنياه وآخرته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang paling kuat kerunsingan ialah orang mukmin yang mengambil berat terhadap urusan dunia dan akhiratnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767, hadis nombor 3913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه – مرفوعاً: ((أعظم الناس هما المؤمن الذي يهتم بأمر دنياه وآخرته)). [ه، ابن أبي الدنيا في ((الهم والحزن))، ((الضعيفة)) (897)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’: “Orang yang paling kuat kerunsingan ialah orang mukmin yang mengambil berat terhadap urusan dunia dan akhiratnya.” [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Hamm wa al-Hazn. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 897]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs